Mazda ungguli carta kebolehpercayaan Consumer Reports, Toyota/Lexus mana?

oleh Mohamad Hanif|
Ya, anda mungkin sekali rasa bosan dengan berita pasal Toyota/Lexus yang kerap kali menduduki carta teratas selaku jenama automotif yang paling dipercayai, namun tahukah anda, ia tidak berlaku kali ini.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Ini kerana menurut laporan terbaharu daripada Consumer Reports, Mazda berjaya menduduki tangga pertama buat pertama kalinya sebagai jenama yang boleh dipercayai.

Apa rahsia Mazda?

Penggunaan trenkuasa dan transmisi automatik yang lebih tahan lasak (berbanding kotak gear CVT), serta sistem infotainmen yang tidak terlalu kompleks yang menggalakkan pemandu menggunakan kawalan butang berbanding penggunaan secara kerap pada skrin sentuh.

Dalam banyak-banyak model, Mazda MX-5 diiktiraf sebagai model yang paling tahan dengan skor 98/100, diikuti model lain seperti CX-30, CX-3, dan CX-5 dengan skor purata 85/100 dan keatas.

Bagaimana dengan Toyota dan Lexus?

 


Usah risau, kerana kedua-dua jenama Jepun itu masih lagi kekal mengungguli kedudukan kedua dan ketiga, disebabkan Lexus dibelenggu masalah yang berkaitan dengan model LS yang tidak diperincikan sebabnya oleh Consumer Reports.

Antara jenama lain yang menonjol adalah Buick yang melonjak 14 anak tangga di tangga keempat, sementara Honda pula naik tujuh anak tangga untuk menguasai tempat kelima.

Jenama Eropah yang tersenarai adalah Porsche (no.9), BMW (no.12), Audi (no.14) dan Mercedes-Benz di tangga ke-20.

Jenama automotif yang merosot adalah Mini, Volkswagen, Tesla, Lincoln dan Ford, di mana Ford menderita akibat permasalahan yang terdapat pada model Explorer seperti enjin, casis, kelengkapan kuasa, elektronik dan juga transmisi.

 


Sementara itu, crossover Tesla Y yang baharu sahaja diperkenalkan oleh Tesla turut dilaporkan mempunyai masalah kualiti, seperti panel badan yang tidak selari, kualiti cat yang tidak sama, serta terdapat laporan di mana bendasing (rambut) didapati terlekat pada cat badan!

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Dalam laporan terdahulu, CEO Jaguar Land Rover Thierry Bolloré mengakui  JLR mengalami isu…
Berita Global
Menurut kajian terbaharu daripada iSeeCars, jenama yang sinonim dengan ketahanan dan…