Mazda CX-5
SUV popular segmen C ini menerima pengurangan RM10,000 untuk semua varian. Harga bermula dari RM134,469.20 bagi varian 2.0 Mid, diikuti 2.0 High pada RM151,469.20, 2.5 High berharga RM164,960.40 dan varian 2.5T High AWD kini RM178,760.40. Varian diesel turut turun kepada RM170,322.80.
Mazda CX-8
SUV tiga baris tempat duduk ini menyaksikan penurunan harga sebanyak RM20,000 untuk beberapa varian terpilih. CX-8 2.5 Mid kini berharga RM165,360.40, 2.5 High pada RM171,360.40 dan 2.5 High Plus pada RM186,360.40. Bagaimanapun, dua varian lain iaitu 2.5T High Plus AWD (RM221,360.40) dan 2.2D High Plus (RM213,122.80) kekal tanpa perubahan.
Mazda CX-30
Bagi SUV kompak ini, harga dikurangkan sehingga RM5,000. Varian 2.0L High kini RM134,409, 2.0L High+ pada RM144,409 dan 2.0L High+ Premium berharga RM154,409. Varian asas 2.0L pula turun RM3,000 menjadikan harganya RM128,409.
Mazda CX-60 dan CX-80
Tiada perubahan harga untuk CX-60 yang kekal pada RM200,510.40 bagi varian 2.5 2WD High. Namun, CX-80 yang baru sahaja dilancarkan menerima potongan besar sebanyak RM35,000. SUV plug-in hybrid tiga baris tempat duduk ini kini berharga RM296,610.40 berbanding RM331,610.40 ketika pelancaran awal.
Model Lain
Semakan di laman rasmi Mazda Malaysia turut menunjukkan beberapa model telah digugurkan daripada barisan jualan, termasuk Mazda 2 dan pikap BT-50. Sementara itu, Mazda 6, CX-3 serta MX-5 RF masih ditawarkan untuk pasaran tempatan.
Dengan pelarasan harga ini, Mazda dilihat lebih agresif dalam memastikan SUV mereka kekal kompetitif berbanding pesaing utama di pasaran Malaysia.
Sumber: Paultan.org