Mazda umum kemaskini spesifikasi Mazda MX-5 Miata - enjin baru lebih berkuasa, lebih jimat bahan api!

oleh Mohamad Hanif|
Mazda kini mengumumkan kemas kini spesifikasi roadster ikonik syarikat tersebut iaitu Mazda MX-5 Miata yang dijangka akan dilancarkan pada 26 Julai ini.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Bermula dengan enjin 2.0 liter Skyactiv-G yang telah dirombak semula secara drastik, nadi kuasa tersebut kini menampilkan ruang pengambilan udara yang telah dioptimasikan, kepala silinder serba baharu, serta beberapa modifikasi yang secara teorinya mampu meningkatkan kuasa enjin di samping mengurangkan berat asal.

 

 

Enjin baharu itu kini menghasilkan 15% lebih berkuasa (184 PS) manakala daya kilas juga meningkat (205 Nm) dengan redline enjin ini dipertingkatkan menjadi 7,500 rpm daripada redline asal 6,800 rpm.

Enjin tersebut bukan sahaja lebih berkuasa, malah ia juga lebih mesra ekosistem dan menjimatkan penggunaan bahan api.

 

 

Enjin 1.5 liter Skyactiv-G yang ditawarkan pada pasaran negara lain turut dipertingkatkan kuasanya menjadi 132 PS dan daya kilas 152 Nm. 

Antara perubahan tambahan yang bakal dibuat ialah sistem stereng teleskopik baharu dan sistem skrin sentuh TFT serba baharu.

 

 

Para pelanggan juga boleh menikmati kabin dengan kemasan kulit, soft top berwarna perang serta rim aluminium bersaiz 16 inci. 

Dari aspek keselamatan, Mazda MX-5 Miata ini bakal dilengkapkan dengan ciri Advanced Smart City Brake Support dan Lane Departure Warning System. 

Model ini bakal memasuki pasaran Jepun seawal bulan hadapan dengan harga permulaan dari ¥2,554,200 sehingga ¥3,812,400 untuk varian MX-5 Miata RF. 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Berita tersebut diumumkan sendiri oleh rakannya di laman Facebook, dengan memetik kata-kata…
Berita Global
Pelan elektrifikasi itu walaubagaimanapun turut merangkumi model kereta sports kecil yang…
Berita Global
Ini kerana teknologi Freevalve ini mempunyai keupayaan untuk mengawal sendiri pemasaan injap dengan…