Mazda tangguh pengenalan MX-30 dengan enjin rotari penambah jarak

oleh Mohamad Hanif|
Awal tahun lalu, Mazda diberitakan akan mengembalikan semula peranan enjin rotari sebagai unit penambah jarak (range extender) untuk model Mazda MX-30 menjelang tahun 2022.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Beberapa laporan daripada media Jepun pada mulanya menyebut Mazda telah menghentikan pelan untuk memperkenalkan enjin rotari penambah jarak pada model tersebut disebabkan ia memerlukan bateri yang lebih besar, sekaligus meningkatkan kos produksi.

Namun dalam satu laporan terbaharu dari Automotive News, wakil Mazda Masahiro Sakata menjelaskan perancangan tersebut masih lagi berjalan, cuma ia tidak dapat diperkenalkan pada awal tahun 2022 seperti yang telah dirancang sebelum ini.

"Kami masih lagi mempertimbangkan penggunaan enjin rotari sebagai unit penambah jarak, namun masa pengenalannya masih lagi belum dapat dipastikan," ujar beliau.

 


Setakat ini, Mazda MX-30 didatangkan dalam dua versi trenkuasa, satu merupakan versi elektrik sepenuh masa (145 PS/271 Nm) dengan pek bateri 35.5 kWh yang membenarkan jarak operasi sehingga 224 km.

Model MX-30 mild-hybrid pula didatangkan dengan enjin e-Skyactiv G 2.0 liter dibantu dengan sistem M Hybrid 24 voltan, dan angka output keseluruhan 155 PS dan 200 Nm.

Laporan daripada Automotive News turut menyebut Mazda akan memperkenalkan trenkuasa rotari hibrid dan plug-in hybrid (PHEV) menjelang tahun 2022 hingga 2025, memberikan petanda Mazda masih lagi belum berputus asa dengan enjin rotari.

 


Namun, tidak seperti trenkuasa hibrid standard, unit enjin rotari ini tidak digunakan untuk menggerakkan roda, sebaliknya ia akan digunakan sebagai unit penjana kuasa yang menyalurkan tenaga untuk motor elektrik - sama seperti Nissan e-Power.

Sumber: Automotive News

Berita Berkenaan

Berita Global
  Sifirnya bukan rahsia iaitu rekaan yang menyerlah dan tidak bergantung secara mutlak kepada…
Berita Global
Ia memiliki sifat yang ringan dan kuat dalam masa yang sama, namun harus diingat gentian karbon…
Telah Diuji
Kalau diikutkan sejak CX-5 generasi kedua ini mula dilancarkan pada tahun 2017, sudah enam kali…