Mazda sahkan generasi baharu CX-5 guna platform baharu, enjin inline-6!

oleh Mohamad Hanif|
Salah satu daripada model SUV paling laris terjual, Mazda CX-5 difahamkan akan mendapat platform baharu serta enjin enam silinder sebaris untuk generasi berikutnya.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Menurut laporan daripada laman web CarSales, Pengarah Urusan Mazda Australia Vinesh Bhindi dalam satu pembentangan kepada para pengamal media di sana mengesahkan kedua-dua berita berkenaan.

"Mazda komited untuk melabur di dalam enjin pembakaran dalaman, teknologi Skyactiv-X, dan generasi baharu enjin enam silinder sebaris yang bakal menguasai produk berplatform besar generasi baharu kami, iaitu CX-5 serta model seterusnya," ujar beliau.

Pun begitu, maklumat berkenaan platform baharu dan enjin inline-6 itu masih lagi samar-samar, walaupun sebelum ini terdapat beberapa laporan Mazda akan mula memproduksikan SUV pacuan roda belakang dengan enjin yang sama seawal tahun 2022.

 

CX5

 

Selain daripada itu, enjin diesel berkemungkinan besar akan dikekalkan, manakala model hibrid juga sedang dalam pembangunan.

Lebih penting lagi, platform yang sama juga turut akan digunakan untuk pembangunan sedan Mazda6 generasi baharu.

Namun apa yang pasti, dengan mengutamakan pembangunan Mazda CX-5 generasi baharu merupakan satu langkah yang tepat bagi pengeluar itu, memandangkan ia masih lagi berstatus SUV Mazda yang paling popular.

Tahun lalu, Mazda berjaya menjual kira-kira 361,051 unit SUV Mazda CX-5 meskipun tahun tersebut merupakan antara tahun yang teruk terjejas akibat pandemik.

Sumber: CarSales AU

Berita Berkenaan

Berita Global
Selain daripada enjin rotary yang bakal memunculkan diri dalam model MX-30, Mazda juga sedang giat…
Berita Global
Menerusi satu gambar teaser yang diterbitkan oleh Mazda, ia menampilkan tiga unit enjin, dua…