Mazda sah bawa masuk crossover CX-30 untuk pasaran Malaysia

oleh Mohamad Hanif|
Dalam sesi soal jawab bersama para media selepas pelancaran Mazda3, pengedar rasmi kenderaan Mazda di Malaysia, Bermaz Motor mengesahkan mereka bakal membawa masuk sebuah lagi model crossover tidak lama lagi.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Pengerusi eksekutif Bermaz, Datuk Seri Ben Yeoh mendedahkan bahawa model crossover CX-30 akan hadir ke pasaran Malaysia, namun tarikh jangkaan masih belum ditentukan. 

Mazda CX-30 pertama kali diperkenalkan kepada umum pada acara Geneva Motor Show, dan diposisikan antara crossover CX-3 dan CX-5.
 


Ia dibangunkan berdasarkan platform Skyactiv-Vehicle Architecture yang sama digunakan pada Mazda3. 

Manakala pilihan enjin pula adalah sama seperti apa yang ditawarkan untuk Mazda3, melainkan enjin Skyactiv-X yang didapati tidak sesuai untuk pasaran Malaysia. 
 


Jika dibuat perbandingan jarak antara roda, CX-30 mempunyai jarak 2,655 mm, lebih panjang berbanding CX-3 (2,570 mm) dan sedikit pendek berbanding CX-5 (2,698 mm). 

Ruang kargo juga mampu memuatkan barangan sebesar 430 liter, lebih besar berbanding Mazda3 yang hanya sebesar 295 liter. 
 


Sama-sama kita nantikan kehadiran pendatang terbaharu Mazda CX-30 bagi memeriahkan segmen SUV yang kini semakin menarik. 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Ia memiliki sifat yang ringan dan kuat dalam masa yang sama, namun harus diingat gentian karbon…
Telah Diuji
Kalau diikutkan sejak CX-5 generasi kedua ini mula dilancarkan pada tahun 2017, sudah enam kali…
Berita Global
  Kesemuanya dipadan bersama kotak gear automatik lapan kelajuan dan pacuan semua roda (AWD) i-…