Mazda RX-9 mungkin hadir dengan enjin enam silinder sebaris, bukan rotary

oleh Mohamad Hanif|
Tatkala para peminat Mazda sabar menantikan kehadiran kereta sports dengan enjin rotary generasi baharu, berita yang timbul ini mungkin akan memberikan rasa kurang senang.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Ini kerana menurut satu laporan daripada Jalopnik, kereta sports baharu Mazda berkemungkinan besar tidak akan hadir dengan enjin rotary yang dimaksudkan tadi. 

Laman web automotif itu memetik sumber yang tidak dinamakan menyebut bahawa kereta sports baharu tersebut akan hadir dengan enjin enam silinder sebaris dari keluarga Skyactiv-X dengan kuasa sekitar 350-450 hp.

Ini menjadikan kereta sports baharu Mazda sebagai satu pesaing yang ideal bagi melawan penguasaan Toyota GR Supra. 
 


Terdahulu, Mazda telah mengesahkan mereka sedang membangunkan enjin baharu dengan konfigurasi enam silinder sebaris ditambah dengan teknologi Skyactiv-X. 

Menurut pegawai eksekutif di Mazda, pilihan tersebut nampaknya lebih mesra poket berbanding membangunkan sebuah enjin rotary baharu yang tidak efisien, apatah lagi ketika ini kebanyakan negara sudah mula memperketatkan peraturan emisi.

Malah, ketua pereka Mazda Ikuo Maeda turut dilaporkan mengaku "adalah tidak bertanggungjawab apabila Mazda melancarkan sebuah model berprestasi tinggi dengan enjin Rotary tatkala pengeluar lain fokus kepada EV dan hibrid."

Adalah lebih selamat untuk kita mengandaikan bahawa kereta sports generasi baharu Mazda ini tidak akan memakai awalan 'RX' memandangkan ia tidak akan hadir dengan enjin rotary. 

Walau apapun, tunggu dan lihat sahaja bagaimana Mazda bakal mengejutkan dunia, ketika usianya kini sudah pun mencecah 100 tahun sejak awal operasinya. 
 

Berita Berkenaan

Berita Global
Bercakap kepada Wheels pada acara Tokyo Motor Show yang ke-46 beberapa hari yang lalu, Ichiro…
Berita Global
Menurut laporan daripada Motor Magazine Japan, imej paten tersebut memaparkan struktur ala…