Mazda RX-7 Touring 1994 untuk dijual - jarak perbatuan 7,000 km!

oleh Mohamad Hanif|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Zaman kegemilangan kereta sports Jepun suatu ketika dahulu sangat meriah dengan kebanjiran model-model yang sangat menarik perhatian. 

Sebut sahaja pacuan roda hadapan, roda belakang, pacuan semua roda, sehinggalah kepada kereta dua pintu, sedan empat pintu dan kereta sports coupe, masing-masing ada pengikutnya tersendiri. 

Jika pengeluar lain masih setia dengan barisan enjin empat hingga enam silinder sebaris berkuasa turbo, lain pula halnya dengan Mazda apabila mereka membawakan sebuah kereta sports bernadikan enjin rotary Wankel, Mazda RX-7. 

Enjin rotary Wankel sangat terkenal dengan karakteristiknya yang bersesaran kecil (1.3 liter) akan tetapi masih mampu memalukan kereta-kereta yang bersesaran lebih besar. 

Ia juga didatangkan dengan bunyi buzzing yang sangat ikonik apabila putaran enjin tertinggi dicapai. Fuh. Inzal seketika.
 


Sukar bagi kita untuk menemukan sebuah Mazda RX-7 dalam keadaan perbatuan yang sangat rendah, akan tetapi jika anda bernasib baik, anda boleh mendapatkan sebuah Mazda RX-7 Touring 1994 seperti yang kami siarkan ini.

Jarak perbatuannya sangat rendah, sekitar 7,402 km sahaja dan kondisinya sangat terjaga, tiada sebarang calar atau kemek, seperti baharu sahaja keluar daripada barisan produksi 25 tahun yang lalu.

Mazda RX-7 FD3S ini dilayangkan dengan warna Montego Blue Metallic dan varian Touring dilengkapi dengan lampu kabus hadapan, bumbung suria serta wiper belakang dan spoiler belakang secara standard!
 


Ruangan dalaman pula cukup terjaga dengan tempat duduk balutan kulit dan sistem audio Bose Acoustic Wave yang mana ia mungkin tidak akan digunakan dengan sebaiknya oleh pemilik baharu. 

Sebabnya?

Enjin 1.3 liter rotary Wankel turbo sequential ini mampu menghasilkan kuasa 255 hp dan 294 Nm daya kilas pada putaran enjin 5,000 rpm, sudah cukup untuk menjadi halwa telinga ketika sedang memandu. 

Kuasa tersebut disalurkan kepada roda belakang menerusi transmisi manual lima nisbah kelajuan dan limited slip differential (LSD)

Harganya?

 


Anda boleh melawat laman web Bring A Trailer untuk membida dengan harga semasa yang diletakkan kini bernilai $52,000 atau RM215,437 mengikut kadar pertukaran matawang semasa. 

Anda berani untuk melaburkan wang yang banyak untuk sebuah kereta berusia 25 tahun ini? 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  “Sasaran bidaan nombor plat kenderaan UN ini adalah sebanyak RM4 juta. Ia akan dimanfaatkan…
Informasi
  “Sehingga Oktober ini, sebanyak 124 siri nombor pendaftaran telah diperkenalkan melalui sistem e…
Berita Domestik
  Katanya, kerajaan melalui JPJ meluaskan pelaksanaan JPJeBid ke JPJ Kelantan untuk bidaan bagi…