Mazda REPU, satu-satunya pikap dengan enjin rotary 13B di dunia!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Mazda REPU
Mazda REPU
Mazda dan trak mempunyai kaitan yang begitu penting. Kenderaan pertama keluaran Mazda atau nama asalnya Toyo Kogyo ialah trak tiga roda Mazda-Go yang diperkenalkan pada tahun 1931.

Model itu bukan sebuah trak atau pikap seperti yang kita lihat pada hari ini tetapi lebih kepada motosikal roda tiga dengan ruang kargo di belakang.

Pada masa itu lagi Mazda sudah pun melawan arus dan bermain dengan inovasi, tidak sama seperti pesaing lain, trak tiga roda tersebut mempunyai rear differential dan gear undur.

Selepas Mazda-GO DA, beberapa varian lain menyusul seperti DB, DC dan KC.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Mazda-Go
Mazda-Go 1931

 

Pada tahun 1959, Mazda K360 yang mempunyai bumbung diperkenalkan sebagai pengganti kepada Mazda-GO.

Trak itu mendapat sambutan hangat dengan jualan sebanyak 280,000 unit dalam tempoh pengeluaran selama sepuluh tahun.

Selain trak, ada satu lagi yang mempunyai sejarah penting buat Mazda, tidak lain tidak bukan ialah enjin rotary. Enjin tersebut melonjak naik melalui siri RX-7 namun ia lebih besar daripada itu.

Mazda pernah mengeluarkan pikap dengan enjin rotary. Iya, pikap menggunakan enjin legenda. 

Model itu dikenali dengan nama unik dan mudah iaitu Rotary Pick-Up atau REPU dan dikeluarkan pada tahun 1974. Ia satu-satunya pikap di dunia dengan enjin rotary.

 

Mazda K360
Mazda K360

 

Mazda REPU dibina untuk dieksport ke pasaran Amerika Utara. Pikap itu menggunakan enjin 1.3 liter 13B rotary dan karburator empat barrel!

Apa lagi keistimewaannya? Enjin REPU boleh 'rev' sehingga 7,000 rpm dan unik untuk sebuah pikap dengan prestasi sebegitu.

Mazda sekali lagi mengikut haluannya sendiri di mana pada era 70an, pikap di Amerika Syarikat lebih kepada tahan lasak dan asas sahaja. 

Mazda mahu menukar kebiasaan tersebut dengan memperkenalkan pikap yang mempunyai ciri teknikal seperti kereta sport dan berbeza untuk dipandu.

 

Mazda REPU

 

Selepas diperkenalkan pada 1974, Mazda menaik taraf REPU untuk tahun-tahun berikutnya seperti transmisi manual empat kelajuan kepada lima kelajuan, perubahan reka bentuk, sistem elektrikal dan saiz cab lebih besar.

Mazda REPU yang mendahului zaman itu kemudian ditamatkan pada tahun 1977. Tempoh singkat, bagaimanapun menikmati status legenda pada hari ini.

Mana nak cari pikap dengan enjin rotary kan? 

Penulis: Muhammad Md Tajudin