Mazda MX-5 R-Sport SE, enjin kecil 1.5L 132ps sahaja

oleh Muhammad Md Tajudin|
Di pasaran sekarang tidak banyak pengeluar massa yang mengeluarkan roadster dua pintu. Untuk memiliki kereta begitu anda boleh menghala minat kepada Lotus, Porsche dan jenama seangkatan.

Atau Mazda MX-5 dan menariknya boleh dimiliki di pasaran tempatan pada harga sekitar RM260,000.

MX-5 RF yang dijual di pasaran tempatan menggunakan enjin SKYACTIV-G 2.0 liter dengan transmisi automatik.

Selain enjin 2.0 liter, ada MX-5 yang dikuasakan enjin 1.5 liter SKYACTIV-G dengan output 132ps.

Model itu dijual di United Kingdom dan terbaru Mazda melancarkan edisi istimewa MX-5 R-Sport.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024
Mazda MX-5 R-Sport Special Edition

 

Hanya 150 unit sahaja ditawarkan dengan beberapa ciri istimewa seperti warna Polymetal Grey, bumbung boleh buka (soft-top) warna kelabu, roda aloi RAYS 16 inci warna gunmetal dan cermin sisi warna hitam piano. 

Warna Polymetal Grey adalah pilihan terbaru untuk barisan MX-5 2020.

Pada bahagian dalaman, MX-5 R-Sport dilengkapi kerusi kulit Nappa warna burgundy dengan sulaman putih. 

MX-5 R-Sport ini sebenarnya dibina dari MX-5 Sport 1.5 liter sedia ada dengan beberapa kelengkapan standard seperti navigasi, Apple CarPlay ® dan Android AutoTM, kawalan jelajah, kawalan suhu dan kerusi dengan fungsi pemanas.

 

Mazda MX-5 R-Sport Special Edition.04

 

Juga standard ialah teknologi i-ELOOP dengan fungsi pengembalian kuasa kinetik (regenerative brake) dan sistem henti mula (stop start) i-stop.

Di UK Mazda menawarkan sepuluh varian MX-5 yang merangkumi empat convertible dan enam RF. Selain 1.5 liter, turut ditawarkan ialah enjin 2.0 liter SKYACTIV berkuasa 184ps.

Varian paling premium ialah GT Sport Tech dengan roda aloi 17 inci dengan kerusi kulit Nappa warna burgundy. 

 

Mazda MX-5 R-Sport Special Edition

 

Untuk varian Sport dan ke atas, MX-5 dilengkapi pelbagai teknologi bantuan pemanduan seperti Front Smart City Brake Support, Lane Departure Warning System, Rear Smart City Brake Support, Traffic Sign Recognition dan Driver Attention Alert.

Di UK, Mazda MX-5 R-Sport dijual pada harga £27,700 atau bersamaan RM150,259.

Penulis: Muhammad Md Tajudin