Mazda MX-5 Drop-Head Coupe Concept dipamerkan di Tokyo Auto Salon bulan hadapan

oleh Mohamad Hanif|
Dengan berat sekitar 1,058 kg untuk versi manual dan 1,080 kg untuk versi automatik, Mazda MX-5 generasi keempat sebenarnya merupakan satu contoh di mana kereta sports yang sangat ringkas ini mampu memberikan pemanduan yang menyeronokkan.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Bagaimana sekiranya berat tersebut dikurangkan lagi? 

Menerusi model konsep yang dipertontonkan oleh Mazda digelar sebagai Drop-Head Coupe, Mazda MX-5 ini diberikan bumbung hard-top yang boleh dialihkan dan menariknya ia diperbuat daripada gentian karbon!

Menurut Mazda, terma Drop-Head merupakan perkataan khusus yang merujuk kepada model pertengahan di antara varian Club (yang menerima naik taraf sistem suspensi Bilstein dan LSD) dan juga varian Cup yang dikhususkan untuk litar dan wajib memakai hard-top. 
 


Selain daripada bumbung gentian karbon tersebut, varian Drop-Head ini menerima skirt aero di sekeliling, set rim forged Rays bersaiz 16 inci, spoiler decklid dan grafik berwarna hitam matte. 

Naik taraf ini tidak terhad kepada kosmetik semata-mata. 

Bagi memastikan pengendalian yang lebih cemerlang, sistem bushing suspensi telah dipertingkatkan, selain daripada klac dan juga flywheel. 

Kereta ini hanya ditawarkan di dalam warna tunggal, iaitu Soul Red Crystal metalik, dan konsep ini hanya akan dipamerkan secara rasmi menjelang acara Tokyo Auto Salon pada bulan hadapan. 

Menurut wakil daripada Mazda, mereka sebenarnya sangat memerlukan maklum balas daripada orang awam dalam usaha untuk menjadikan konsep ini sebuah realiti. 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Terbaru Mazda North American Operations (MNAO) mengumumkan kelengkapan dan harga MX-5 Miata…
Berita Global
Sayang sekali, ia bukanlah merujuk kepada kelahiran semula jenama Mazdaspeed, akan tetapi mereka…
Berita Global
Ia membawakan bentuk badan roadster yang dilengkapi dengan enjin tiga silinder sebaris 659 cc, dan…