Mazda MX-5 bakal mendapat trenkuasa hibrid, EV menjelang 2030

oleh Mohamad Hanif|
Dalam perkembangan terbaharu, pengeluar kecil Mazda dilaporkan bakal memperkenalkan beberapa buah model baharu yang terdiri daripada kenderaan elektrik (EV), hibrid (HEV) dan plug-in hybrid (PHEV) bermula tahun 2022 hingga 2025.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pelan elektrifikasi itu walaubagaimanapun turut merangkumi model kereta sports kecil yang dihasilkan oleh pengeluar itu, iaitu Mazda MX-5 Miata di mana ia bakal tiba dalam bentuk hibrid atau EV sepenuh masa dalam tempoh sembilan tahun lagi.

Menurut laporan daripada Kuruma News, pegawai eksekutif kanan Ichiro Hirose menegaskan Mazda mahu meyakinkan semua orang pelan elektrifikasi itu bakal menghargai DNA Miata sebagai sebuah kereta sports yang serba ringan.

Manakala bagi pelanggan yang masih lagi berminat terhadap enjin konvensional, pegawai eksekutif pengurusan Takeji Kojima menjelaskan, "kami akan menawarkan enjin pembakaran dalaman yang mampu menggunakan bahan api bio (sintetik), seperti eFuel."

Selain daripada Porsche, Mazda juga dilihat turut komited dalam membangunkan bahan api sintetik yang kurang pencemaran dan lebih bersih berbanding bahan api tradisional, menjadikannya satu alternatif kepada EV tanpa memerlukan modifikasi yang major.

Selain daripada itu, Kuruma News turut menjangkakan model Miata ND sedia ada bakal berakhir pada tahun 2025 sebelum digantikan dengan Miata NE hibrid atau eFuel.

Sumber: Kuruma News

Berita Berkenaan

Berita Global
Berita tersebut diumumkan sendiri oleh rakannya di laman Facebook, dengan memetik kata-kata…
Berita Global
Ini kerana teknologi Freevalve ini mempunyai keupayaan untuk mengawal sendiri pemasaan injap dengan…
Berita Global
Seperti contoh, Mazda suatu ketika dahulu mempunyai empat divisyen tersendiri iaitu:  divisyen…