Mazda MX-5 990S Roadster - berat 990 kg, untuk pasaran Jepun sahaja!

oleh Mohamad Hanif|
Dilancarkan pada tahun 2016, generasi keempat Mazda MX-5 (ND) merupakan salah satu contoh bagaimana sebuah kereta sports moden mampu menawarkan pemanduan yang menyeronokkan, walaupun tidak memiliki kuasa kuda yang memberangsangkan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Bergantung kepada pasaran, Mazda MX-5 boleh didapati dengan enjin Skyactiv-G 1.5 liter (129 hp) atau enjin 2.0 liter (155 hp), dengan pilihan transmisi manual atau automatik.

Di Jepun, Mazda melancarkan sebuah lagi varian MX-5 yang dinamakan sebagai 990s Roadster.

Kenapa pula angka tersebut dipilih?
 

MX-5


Ini kerana, Mazda MX-5 990S Roadster memiliki berat badan keseluruhan 990 kg sahaja, jauh lebih ringan jika dibandingkan dengan model MX-5 ND sedia ada (1,058 kg).

Menurut penerbitan dari Jepun Car Watch, untuk mencapai berat di bawah satu tan, Mazda MX-5 990S Roadster ini didatangkan dengan rim aloi Rays dengan penjimatan berat sekitar 3.2 kg, selain membuang perkara yang tidak diperlukan  untuk sebuah roadster seperti penebat bunyi dari hud dan papan pemuka, serta tiada sistem infohibur Mazda Connect.
 

MX-5


Meskipun sistem brek telah dinaiktaraf kepada unit Brembo yang lebih besar, ia dikatakan mampu menjimatkan lagi berat sehingga 0.7 kg.

Roadster ini turut didatangkan dengan bumbung jenis soft top berwarna navy-blue.

Mazda 990S ini turut mendapat sistem pengendalian baharu yang digelar sebagai Vehicle Attitute Stabilization Control di mana sistem ini mampu mengekalkan kestabilan jentera ketika sedang mengambil selekoh, dan bagi sesetengah pemandu, ia bertindak seakan sistem kawalan suspensi elektronik.
 

mazda


Model Mazda MX-5 990S Roadster ini sayang sekali hanya boleh didapati untuk pasaran Jepun sahaja.

Shigeki Saito, ketua unit pembangunan Mazda 990S percaya, kereta ini merupakan kereta pemandu yang terbaik pernah wujud di dalam barisan model Mazda zaman moden.

"Kuasa kuda dan keseronokan adalah tidak berkadar, namun dengan jentera yang ringan mampu menawarkan keseronokan pemanduan. Jika anda menambah kuasa kuda, kereta akan menjadi berat disebabkan perlu menguatkan beberapa aspek dan sebagainya.

"Jadi, semakin ringan kereta, semakin seronok ia dipandu. Jika anda menikmati pemanduan, saya fikir roadster ini merupakan kereta terbaik untuk anda.

 

Sumber: CarWatch

Berita Berkenaan

Berita Global
Ia memiliki sifat yang ringan dan kuat dalam masa yang sama, namun harus diingat gentian karbon…
Telah Diuji
Kalau diikutkan sejak CX-5 generasi kedua ini mula dilancarkan pada tahun 2017, sudah enam kali…
Berita Global
  Kesemuanya dipadan bersama kotak gear automatik lapan kelajuan dan pacuan semua roda (AWD) i-…