Mazda MX-5 2024 dikemaskini - lampu LED, skrin infohibur 8.8 inci, dari RM92k di Jepun

oleh Mohamad Hanif|
Kali terakhir roadster Mazda MX-5 dikemaskini adalah pada tahun 2019, di mana model itu dibekalkan dengan enjin 2.0 liter yang lebih berkuasa sebagai pelengkap kepada penawaran enjin 1.5 liter yang asal.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kini, Mazda telah mengemaskini model Roadster MX-5 generasi ND itu dengan membawakan perubahan bersifat kosmetik, dan sudah boleh ditempah di Jepun.
 

mx5


Antara perubahan yang dibawakan ialah lampu utama baharu yang mengintegrasikan lampu nyalaan siang, diikuti lampu belakang LED serta lampu membelok juga menggunakan mentol LED.

Selain daripada itu, jeriji hadapan juga telah diubahsuai untuk menempatkan perumah penderia radar untuk fungsi kawalan jelajah adaptif dan Smart Brake Support.
 

MX5


Untuk ruang kabin, Mazda telah membawakan skrin infohibur baharu sebesar 8.8 inci seperti yang wujud pada model Mazda2 dan CX-3 2024, dengan dimensi bezel yang lebih nipis, dan antaramuka yang lebih interaktif.

Peminat warna yang olskool boleh mendapatkan kemasan dalaman yang menggandingkan upholsteri kulit gandingan tan/beige.

Ciri lain termasuklah cermin pandang belakang tanpa bingkai, butang SOS berwarna merah, kluster instrumen yang telah dikemaskini serta penambahan slot USB-C.
 

mx5


Sistem janaan kuasa MX-5 ini masih lagi dikekalkan, di mana enjin 1.5 liter Skyactiv-G itu kini mendapat tambahan kuasa 4 hp kepada 133 hp, sementara enjin 2.0 liter pula menghasilkan 181 hp yang dipadankan dengan perisian baharu untuk pemanduan yang lebih responsif.

Aspek pemanduan telah ditambahbaik dengan kehadiran pembeza gelincir terhad asimetri yang dibangunkan baharu untuk versi transmisi manual enam kelajuan.

Sistem stereng berkuasa elektrik juga telah ditala kembali untuk menawarkan respons yang lebih asli, diikuti dengan penambahan mod DSC-Track yang hanya akan diaktifkan apabila pemandu tidak lagi mampu untuk mengawal pemanduan.
 

mx5


Bergantung kepada spesifikasi dan varian, Mazda MX-5 2024 dijual pada harga bermula dari ¥2,898,500 (RM92,127).

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Terbaru Mazda North American Operations (MNAO) mengumumkan kelengkapan dan harga MX-5 Miata…
Berita Global
Sayang sekali, ia bukanlah merujuk kepada kelahiran semula jenama Mazdaspeed, akan tetapi mereka…
Berita Global
Ia membawakan bentuk badan roadster yang dilengkapi dengan enjin tiga silinder sebaris 659 cc, dan…