Mazda MX-5 2023 UK 1.5L dan 2.0L, kereta sport yang kekal tenang!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Mazda MX-5 UK 2023
Mazda MX-5 UK 2023
Di pasaran tempatan sekarang tidak ada kereta sport baharu dengan sesaran enjin rendah yang boleh dibeli kecuali Mazda MX-5 RF 2.0L.

Model 2022 dibawa dari Jepun dan dilancarkan di pasaran tempatan pada April 2022 dan ditawarkan pada harga RM272,000.

Satu ciri utama MX-5 ialah falsafah ringkas yang dibawa sejak generasi pertama lagi.

Paling canggih untuk kereta ini mungkin enjin Skyactiv-G dan sistem Kinematic Posture Control (KPC) baharu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Mazda MX-5 UK 2023

 

Di United Kingdom, Mazda memperkenalkan MX-5 2023 dan tiada perubahan besar kecuali susunan semula varian dan peningkatan ringkas.

MX-5 generasi keempat menerima sambutan baik di UK dan lebih 24,000 unit telah terjual di sana sejak dilancarkan pada 2015.

Varian baharu yang diperkenalkan ialah MX-5 Prime-Line, Exclusive-Line dan Homura.

Enjin kekal sama dengan kedua-dua MX-5 Roadster dan RF (Retractable Fastback) digerakkan enjin Skyactiv-G 1.5 liter berkuasa 132 ps dan 2.0 liter berkuasa 184 ps.

Untuk model 2023, MX-5 Roadster 1.5L ditawarkan dalam varian Prime-Line dan Exclusive-Line dan menggantikan SE-L dan Sport sebelum ini.

 

Mazda MX-5 UK 2023

 

MX-5 Roadster 2.0L pula dalam varian Exclusive-Line dan Homura yang menggantikan Sport Tech dan GT Sport Tech.

Sama seperti MX-5 Roadster, varian RF Prime-Line digerakkan enjin 1.5 liter manakala varian Exclusive-Line ditambah pilihan enjin 2.0 liter.

MX-5 RF Homura pula eksklusif dengan enjin 2.0 liter dan pembeli kedua-dua model RF 2.0 liter mempunyai pilihan untuk mendapatkan transmisi automatik.

Baharu untuk MX-5 2023 ialah warna Zircon Sand dan pertama kali ditawarkan untuk model ini. 

Varian Homura dengan transmisi manual menyerlah dengan angkup brek Brembo berwarna merah. 

 

Mazda MX-5 UK 2023

 

Enjin 2.0 liter Skyactiv-G yang diperkenalkan pada 2018 lebih berkuasa berbanding model asal 2015.

Enjin ini mempunyai komponen baharu seperti omboh dan rod penyambung lebih ringan dan komponen yang dipertingkatkan seperti aci sesondol dan injap ekzos.

Turut dipertingkatkan penyuntik bahan api, injap pendikit dan kemasukan udara dan secara keseluruhannya meningkatkan lagi kuasa daripada 160 ps pada model 2015.

184 ps dan tork 205 Nm mungkin tidak cukup buat sesetengah pemandu namun MX-5 dibangunkan untuk dinamika pemanduan.

Model 2.0 liter manual didatangkan dengan pendakap suspensi depan, pembeza gelinciran terhad (LSD) dan penyerap hentak Bilstein.

 

Mazda MX-5 UK 2023

 

Sistem KPC untuk kesemua varian pula bertindak dengan memberikan sedikit daya pembrekan pada roda bahagian dalam apabila melalui selekoh.

Daya pembrekan itu menurunkan badan kereta ke bawah dan menahan olengan badan untuk prestasi pengendalian yang cemerlang.

Dua lagi teknologi canggih pada MX-5 ialah sistem pembrekan regeneratif i-ELOOP dan fungsi henti mula (stop-start).

Selain itu, ianya adalah Mazda MX-5 dengan reka bentuk moden. 

Penulis: Muhammad Md Tajudin