Mazda MX-5 2022 dengan ciri KPC kini di Malaysia, dari RM265,964

oleh Mohamad Hanif|
Mazda Malaysia telah mengemaskini penawaran roadster ikonik Mazda MX-5 RF untuk pasaran Malaysia.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Untuk model tahun 2022, kesemua varian MT dan AT Mazda MX-5 RF kini dilengkapi dengan teknologi baharu yang dinamakan sebagai Kinematic Posture Control (KPC) yang mampu menambah baik aspek pengendalian roadster ini.
 

MX-5


Sistem suspensi belakang MX-5 direka untuk menjana daya "anti-lift" yang akan menarik ke bawah badan kenderaan semasa brek ditekan.

Sistem KPC akan menggunakan sepenuhnya karakteristik suspensi ini dan mengaplikasikan sedikit daya brek kepada bahagian dalam roda semasa mengambil selekoh di bawah daya G yang tinggi, seterusnya mengurangkan kesan olengan dan menjadikan kereta lebih stabil.
 

MX-5


Selain daripada itu, spesifikasi Mazda MX-5 masih lagi sama seperti penawaran terdahulu, termasuklah sokongan Apple CarPlay nirwayar, serta ciri keselamatan i-Activsense termasuklah lampu LED adaptif (AHD), sistem pemantauan titik buta  (BSM), amaran lintasan trafik belakang (RCTA), sokongan brek bandar pintar (SCBS), sistem amaran keluar lorong (LDWS) dan amaran tumpuan pemandu (DAA).

Ia dilengkapi dengan enjin 2.0 liter Skyactiv-G yang mampu menjana kuasa setinggi 181 hp, dipadankan dengan transmisi manual enam kelajuan atau automatik dengan paddle shifter di sebalik roda stereng.
 

MX-5


Mazda MX-5 boleh didapati dalam enam warna seperti Soul Red Crystal, Machine Gray, Snowflake White Pearl, Polymetal Gray, Deep Crystal Blue dan Jet Black.

Harga jualan untuk unit CBU dari Jepun ini bermula dari RM265,964 termasuk pengecualian cukai SST 50 peratus, dan didatangkan dengan jaminan pengeluar selama lima tahun serta pakej penyelenggaraan lima tahun percuma, dengan had jarak perbatuan 100,000 km yang mana tiba dahulu.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Terbaru Mazda North American Operations (MNAO) mengumumkan kelengkapan dan harga MX-5 Miata…
Berita Global
Sayang sekali, ia bukanlah merujuk kepada kelahiran semula jenama Mazdaspeed, akan tetapi mereka…
Berita Global
Ia membawakan bentuk badan roadster yang dilengkapi dengan enjin tiga silinder sebaris 659 cc, dan…