Mazda MX-30 sah dapat versi Range Extender, guna nadi Rotary!

oleh Mohamad Hanif|
Setelah beberapa khabar angin tersebar, Mazda akhirnya secara rasmi mengesahkan kehadiran semula enjin rotari untuk pasaran massa.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Namun, ia tidaklah hadir dalam bentuk yang berkuasa seperti yang digunakan pada model RX-7 dan RX-8, sebaliknya nadi rotari itu akan menjadi sebahagian daripada unit plug-in hibrid untuk model MX-30 yang dijangka akan muncul pada tahun ini.

Lebih tepat lagi, enjin ini akan menjadi unit penambah jarak (range extender) di mana kuasa tersebut tidak akan disalurkan secara terus kepada roda seperti penawaran pada kereta sports terdahulu.

Sebaliknya, kuasa yang dijana oleh nadi tersebut akan digunakan untuk mengecas bateri, sekaligus menyumbang kepada penambahan jarak pemanduan.
 

MX-30


Sebagai makluman, Mazda MX-30 boleh didapati dalam versi EV sepenuh masa di beberapa pasaran seperti Amerika Syarikat, Kanada, Eropah, Jepun, Australia dan bakal mendarat di pasaran Malaysia tahun ini.

Dengan penawaran versi PHEV penambah jarak, ia dilihat mampu menjadikan penggunaan MX-30 lebih praktikal dan lebih jauh berbanding penawaran sedia ada dengan jarak operasi sejauh 199 km sahaja.
 

Rotary


Menurut Mazda, enjin rotari merupakan unit penjana kuasa yang amat sesuai digunakan sebagai unit penambah jarak disebabkan oleh saiznya yang kompak dan tidak memerlukan ruang yang besar.

Sebelum ini, Mazda telah memperlihatkan model konsep Mazda2 Rotary Engine Range Extender yang menampilkan enjin rotari berkapasiti 0.33 liter yang bertindak sebagai unit penambah jarak.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Namun begitu, SUV elektrik kecil itu akan terus dijual di pasaran Eropah dan Jepun. Menurut…
Berita Global
Tidak seperti yang dijangkakan para peminat, kemunculan semula enjin rotary bukan lah sebagai nadi…
Berita Global
Buat para peminat nadi Wankel, ini merupakan satu berita gembira di mana Mazda bakal melancarkan…