Mazda MX-30 e-Skyactiv G sah bakal dilancarkan di Jepun musim luruh ini

oleh Mohamad Hanif|
Dalam satu laporan terdahulu yang pernah kami siarkan, Mazda diberitakan akan melancarkan sebuah lagi varian baharu MX-30 dengan trenkuasa mild-hybrid sebagai tambahan kepada versi EV sedia ada.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Laporan ini diperkuatkan lagi dengan berita rasmi dari Mazda di mana syarikat yang terkenal dengan teknologi Skyactiv itu bakal berbuat demikian pada musim luruh ini. 

Varian mild-hybrid tersebut bakal dilengkapi dengan trenkuasa yang digelar sebagai e-Skyactiv G yang menggandingkan enjin suntikan terus Skyactiv-G 2.0 liter dengan sistem mild-hybrid M Hybrid tersendiri dari Mazda. 

 


Menurut Mazda, terima kasih kepada bantuan daripada motor elektrik dan bateri, MX-30 mild-hybrid ini bakal menjanjikan perjalanan yang senyap, lancar serta kualiti pemanduan yang tinggi - tipikal sebuah Mazda. 

Sistem M hybrid ini pernah membuat kemunculan pada model Mazda3 (120 PS) dan Mazda CX-30 (122 PS) untuk pasaran Eropah. 

Berdasarkan gambar rasmi yang diberikan oleh Mazda, tiada sebarang perubahan ketara dibawakan melainkan kehadiran lencana e-Skyactiv G di bahagian belakang. 
 


Sebagai perbandingan, MX-30 EV hadir dengan pek bateri berkapasiti 35.5 kWh yang membolehkan pemanduan sejauh 200 km mengikut data kitaran WLTP. 

Kuasa daripada bateri itu digunakan untuk motor elektrik yang mampu menghasilkan 141 kuasa kuda dan daya kilas 264 Nm yang memacu roda hadapan. 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
MAZDA CX-30 2023 buatan Kulim, Kedah   Terbaru Mazda memperkenal CX-30 2024 untuk pasaran…
Berita Domestik
Sama seperti Mazda3, aspek ketersambungan telah ditambahbaik dengan slot USB pada konsol tengah dan…
Berita Global
Kemaskini terbaharu yang dinamakan sebagai e-Skyactiv X ini bakal membuat kemunculan menerusi model…