Mazda MX-30 - adakah ini crossover elektrik pertama Mazda?

oleh Mohamad Hanif|
Jika sebelum ini Honda Jazz/Fit generasi baharu menerima nasib yang sama, kali ini giliran EV pertama Mazda pula dibogelkan sebelum sempat ia diperkenalkan buat kali pertama di Tokyo Motor Show.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Sebuah imej yang tertiris daripada majalah automotif Jepun, Car Top memaparkan sebuah gambar SUV yang dipercayai sebagai SUV elektrik pertama Mazda, Mazda MX-30 Concept. 

Format penamaan juga sedikit aneh, kerana apa yang kami tahu, aksara MX yang digunakan pada MX-4, MX-5, dan MX-6 merujuk kepada kereta sports coupe dua pintu, dan bukan merujuk kepada bentuk badan SUV.

 


Apa yang lebih membuatkan Mazda MX-30 lebih aneh adalah penggunakan pintu suicide yang mengingatkan kami kepada model sports rotary Mazda RX-8 yang telah pun lama ditamatkan produksinya pada tahun 2012.

SUV ini didapati menggunakan format pembukaan pintu yang sama, di mana pintu belakang tidak boleh dibuka selagi pintu hadapan tidak dibuka terlebih dahulu. 

Melihatkan kepada bentuk coupe crossover yang dipamerkan, tidak syak lagi Mazda MX-30 berkemungkinan besar adalah SUV baharu berkuasa elektrik yang bakal dipamerkan pada acara Tokyo Motor Show tidak lama lagi. 

 


Rekaan muka hadapan juga menampilkan gril yang lebih kecil (EV tidak memerlukan gril yang besor), dan elemen cladding plastik di sekeliling turut mengingatkan kami kepada model CX-30 yang dilancarkan tahun ini. 

Platform yang bakal digunakan oleh Mazda MX-30 ini tidak berkongsi dengan mana-mana model, dan ia akan menampilkan trenkuasa elektrik berkuasa 141 hp dan 265 Nm daya kilas. 

Pek bateri lithium-ion yang digunakan pula adalah berkapasiti 35.5 kWh. 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Projek yang dilancarkan pada tahun 2016 itu dinamakan sebagai Nano Cellulose Vehicle (NCV) dan ia…
Berita Global
Adakah ianya lebih moden, futuristik dan memudahkan kehidupan seharian seperti apa yang digambarkan…
Berita Global
Subaru WRX STi EJ20 Final Edition menggunakan model WRX STI Type S edisi khas untuk pasaran Jepun…