Mazda mulakan produksi CX-50 di kilang Mazda Toyota Manufacturing, Amerika

oleh Mohamad Hanif|
Mazda baru-baru ini mengumumkan permulaan operasi pemasangan model crossover terbaharu CX-50 bertempat di fasiliti Mazda Toyota Manufacturing yang terletak di Huntsville, Alabama.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Presiden dan CEO Mazda Amerika Utara, Jeff Guyton menyifatkan detik bersejarah ini sebagai satu pencapaian penting dan menandakan pentingnya pasaran Amerika Utara terhadap jenama tersebut.
 

CX50


Ia juga memulakan lembaran baharu Mazda di pasaran tersebut, setelah mereka menghentikan operasi pemasangan tempatan pada tahun 2012 menerusi model Mazda6, dan hanya membawakan model import sahaja semenjak detik tersebut.

Kilang baharu Mazda Toyota Manufacturing itu bukan sahaja digunakan untuk pemasangan model Mazda CX-50, ia juga turut digunakan untuk pemasangan model Toyota Corolla Cross dengan kapasiti pengeluaran keseluruhan sebanyak 300,000 unit setahun.
 

CX-50


Mazda CX-50 muncul secara rasmi pada bulan November 2021 dengan membawakan penggayaan yang jauh lebih ranggi berbanding CX-5, dan disasarkan untuk golongan yang memiliki gaya hidup yang serba aktif.

Penawaran trenkuasa pula terdiri daripada enjin Skyactiv-G 2.5 liter aspirasi natural, diikuti enjin 2.5 liter turbo yang dipadankan dengan pacuan semua roda dan transmisi automatik enam kelajuan.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut bos Mazda Eropah, Martijn ten Brink memberitahu laman Automotive News Europe, Mazda bakal…
Berita Global
Apabila ditanya mengenai generasi baharu model tersebut, pengurus program bagi model Mazda CX-5,…
Berita Global
Tidak seperti model CX-50 yang lebih bersifat ranggi, Mazda CX-60 pula menerapkan konsep minimalis…