Mazda mahu saingi Lexus pada masa akan datang

oleh Mohamad Hanif|
Di kalangan pengeluar Jepun, Mazda lebih dikenali sebagai jenama yang menawarkan pemanduan yang menyeronokkan, dan dalam masa yang sama dengan penawaran spesifikasi yang lebih premium.
CHERY Omoda 5 MREC Banner Campaign March 2025

Kini, Mazda melihat masa depan sebagai pengeluar automotif premium yang mampu memberikan saingan kepada jenama mewah Lexus.

Dalam temubual bersama Autocar, pengarah urusan Mazda UK Jeremy Thomson berkata, "Aspirasi kami adalah untuk menjadi alternatif yang boleh dipercayai kepada jenama premium arus perdana tradisional.

Menariknya, Mazda sendiri tidak mahu meniru dan terus menjadi jenama Mercedes-Benz Jepun, atau BMW Jepun.

"Kami tidak mahu meniru jenama mewah Jerman kerana ia sudah pun dipenuhi dengan penyandang-penyandang sedia ada, dan mungkin agak mustahil untuk mengalahkan jenama tersebut.
 

Lexus


Sebaliknya, Thomson berpendapat masih lagi wujud ruang untuk jenama premium Jepun bertapak.

"Pada ketika ini, segmen tersebut dikuasai oleh Lexus dengan prestasi jualan merangkumi satu pertiga daripada jumlah jualan keseluruhan Mazda. Jadi, kami cuba untuk mencari ruang baharu di dalam segmen tersebut.

Hala tuju Mazda di dalam segmen premium sebenarnya sudah pun boleh dilihat menerusi penawaran platform terbaharu pacuan roda belakang, diikuti dengan perancangan untuk menawarkan enjin enam silinder sebaris Skyactiv-G dan Skyactiv-X pada masa akan datang.

Jika perancangan Mazda benar-benar menjadi kenyataan, mereka dilihat mampu untuk menjadi satu jenama alternatif kepada jenama premium Jepun seperti Lexus, Acura dan juga Infiniti.

Sumber: Autocar

Berita Berkenaan

Berita Global
  Setiap perincian Mazda6e dibangunkan untuk menawarkan pengendalian yang tepat, tindak balas…
Berita Global
  Ia direalisasikan melalui Changan Mazda Automobile Co., Ltd., iaitu anak syarikat tempatan yang…
Berita Global
  Model istimewa ini ditawarkan dalam kedua-dua jenis bumbung lembut Roadster atau Roadster RF…