Mazda KODO ini sebenarnya apa? Kenapa menarik di mata?

oleh Muhammad Md Tajudin|
Selain teknologi SkyActiv yang sering disebut Mazda, ada satu lagi terma kerap diulang-ulang iaitu KODO. Setiap kali membicarakan tentang reka bentuk, KODO akan disebut secara seiring.

Satu perkara tentang Mazda ialah bagaimana model keluarannya berbeza dengan jenama Asia dan Eropah lain. Ia berada pada aras tersendiri tanpa dipengaruhi model pesaing.

KODO adalah falsafah reka bentuk Mazda yang diperkenalkan pada 2010. Ia satu falsafah yang berjaya menawan hati pengguna dan industri. 

Perakuan tersebut dibuktikan melalui beberapa pengiktirafan seperti Anugerah Reka Bentuk Red Dot dan Anugerah Reka Bentuk Dunia untuk Mazda3 serta dua lagi model iaitu MX-30 dan CX-30 juga dari Red Dot.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Mazda MX-30

 

Evolusi terbaru KODO ialah pada kereta elektrik pertama Mazda iaitu MX-30. Kali ini pendekatan yang digunakan sedikit berbeza.

Menurut Pengarah Reka Bentuk Mazda Eropah, Jo Stenuit, KODO untuk MX-30 dipersembahkan dalam gaya utilitarian. 

Ia tidak dibuat mengikut kecanggihan nadi kuasa elektrik tetapi nilai keseluruhan kereta yang dibawa untuk pengguna.

Walaupun dengan pendekatan berbeza, fokus Mazda masih lagi kepada refleksi atau pantulan permukaan badan kereta. 

MX-30 sebenarnya lebih kepada eksperimen untuk melihat sempadan KODO dan mungkin pada masa depan ia mempunyai pengaruh terhadap evolusi KODO.

 

MAZDA MX-30_Design Sketch_27

 

 

Dalam masa MX-30 meneroka sempadan KODO, dua model iaitu Mazda3 dan CX-30 pula adalah ikon semasa falsafah tersebut.

Dua model itu tampil membawa keanggunan reka bentuk minimalis dan menyingkirkan elemen yang tidak perlu. 

Tiga elemen reka bentuk Mazda ialah Yohaku atau Ma, Sori dan Utsuroi. Berikut ialah penerangan tiga elemen tersebut:

Yohaku atau Ma - Keindahan ruang kosong

Sori - Lenggokan dengan ketenangan

Utsuroi Permainan cahaya dan bayang

 

Mazda

 

Mengikut Jo Stenuit, Yohaku atau Ma digunakan pada bahagian luar dan dalam CX-30. Ia diasaskan dari fasa kedua KODO.

Evolusi itu berkisar tentang mewujudkan reka bentuk beremosi dan elemen paling sedikit atau minimum yang boleh.

Mazda sebenarnya kembali kepada asas reka bentuk kereta yang baik iaitu menggunakan elemen yang benar-benar diperlukan dan menyempurnakannya sebaik mungkin.

Terang Jo Stenuit lagi, contoh terbaik Ma pada CX-30 ialah bahagian depan. Tidak seperti jenama lain, Mazda mengekalkan reka bentuknya seringkas yang boleh tanpa menambah elemen cool yang tidak perlu.

 

Mazda3

 

Mengenai bahagian dalam pula, Jo Stenuit memaklumkan mereka mahu tanggapan pertama pelanggan ialah rasa tenang, tiada teknologi berlebihan dan reka bentuk tidak perlu.

Dari situ Mazda menambah elemen pemanduan dengan kedudukan ergonomik yang sempurna agar pemandu dapat memberi perhatian sepenuhnya kepada pemandua.

Diinspirasi dari tradisi seni Jepun dan keindahan ruang di antara objek, asas kepada keanggunan masa depan Mazda ialah perkadaran (proportion) dinamik, bebayang (silhouette) klasik dan manipulasi pencahayaan secara artistik yang bergantung kepada pendekatan hands-on para pereka dan karyawan Mazda.

 

Mazda CX-30

 

Satu lagi hasil kerja seni reka bentuk ialah gaya bahu maskular, lenggokan elegan dan permukaan beremosi yang boleh dilihat pada model terbaru Mazda.

Ciri-ciri tersebut hanya boleh dicapai melalui ratusan jam kerja-kerja skulptur tanah liat dan pewarnaan bagi memperolehi keseimbangan sempurna di antara tegangan, kuasa dan refleksi yang sentiasa bertukar.

Adakah penerangan di atas terlalu abstrak? Ringkasnya begini, Mazda3 dan CX-30 kelihatan cantik dan menarik dalam bentuk elegan.

Ia tidak tajam menikam mata tetapi Mazda melakukannya secara halus dan mendalam.

Itu perbezaan Mazda dengan pengeluar massa lain. Anggun dan bergaya dalam definisi tersendiri.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

Mazda CX-30