Mazda keluar pasaran Rusia, jual pegangan syarikat kerjasama bernilai 1 Euro sahaja

oleh Mohamad Hanif|
Mazda merupakan pengeluar terbaharu yang mengorak langkah untuk keluar dari pasaran Rusia, ekoran tindakan keras negara itu ke atas Ukraine.
BHPETROL Euro5 Diesel MREC Banner Campaign Sep 2023

Pengeluar Jepun itu turut mengumumkan lengkah menjual segala pegangan di dalam syarikat kerjasama 50:50 yang dibuat bersama syarikat tempatan Sollers.

Menurut laporan Reuters, Sollers akan membeli kesemua 50 peratus pegangan Mazda di dalam syarikat Mazda Sollers Manufacturing Rus (MSMR) berjumlah 1 Euro, dan berpeluang untuk membeli semula aset tersebut dengan nilai yang sama dalam tempoh tiga tahun.

Kilang MSMR yang terletak di Vladivostok telah beroperasi sejak Oktober 2012 dengan kapasiti pengeluaran tahunan sebanyak 50,000 unit, dan antara kenderaan yang dipasang termasuklah model CX-30, CX-5, CX-9 dan Mazda 6.

Pada bulan Mac, Mazda mengumumkan mereka akan berhenti menghantar bekalan kepada kilang tersebut sebelum menamatkan operasi pemasangan serta-merta.

Tahun lepas, Mazda berjaya menguasai 1.8 peratus pegangan di dalam pasaran kereta Rusia.

Sumber: Reuters

Berita Berkenaan

Berita Global
"Sekatan sementara akan membantu memenuhi pasaran bahan api, yang seterusnya akan membolehkan…
Berita Global
105 orang turut dilaporkan cedera akibat kebakaran tersebut, di mana 13 daripada yang cedera adalah…
Berita Global
Menurut laporan Reuters, kabinet Jepun membuat keputusan untuk menyemak semula sekatan eksport ke…