Mazda KAI CONCEPT, adakah ini Mazda3 baharu?

oleh Muhammad Md Tajudin|
Mazda KAI CONCEPT
Mazda KAI CONCEPT
Mazda adalah syarikat pengeluaran kenderaan yang kecil jika dibandingkan dengan pengeluar Jepun lain seperti Toyota dan Honda. Tetapi satu perkara tentang Mazda ialah bagaimana mereka menjarakkan cara fikir dan produk berbanding pengeluar lain.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Senang kata, saiz yang kecil bukanlah penghalang malah ia digunakan sebagai satu kelebihan. Lihatlah teknologi enjin SKYACTIV, pada masa pengeluar lain sibuk dengan pengecas turbo, Mazda masih setia dengan enjin aspirasi normal dan terus menambah baik apa yang ada.

Mazda KAI CONCEPT
Mazda KAI CONCEPT

 

Gayaan Mazda juga berbeza, jika pengeluar lain memberi perhatian kepada praktikaliti, saiz yang besar dan sebagainya, Mazda kekal dengan ukuran kecil seolah-olah kerusi di belakang hanya berfungsi sebagai wayang sahaja.

Tetapi itulah yang membuat Mazda istimewa. Mereka bukan lagi salinan sebuah Ford. 

Pada Pameran Kenderaan Tokyo ke-45 yang sedang berlangsung sekarang, Mazda mempertontonkan KAI CONCEPT iaitu sebuah hatchback yang memberikan bayangan generasi baharu kenderaan Mazda.

Mazda KAI CONCEPT
Mazda KAI CONCEPT

 

Dari laporan media-media di internet, KAI CONCEPT ini berkemungkinan memberi bayangan kepada Mazda3 baharu.

Menurut siaran rasmi Mazda, KAI CONCEPT ini menggunakan teknologi baharu seperti enjin petrol SKYACTIV-X dan evolusi seterusnya gaya bahasa KODO yang lebih matang.

Mazda turut menyatakan bahawa model baharu itu nanti mempunyai lebih perincian di mana ia lebih senyap, selesa dan rasa prestasi yang dipertingkatkan. Dari segi rekaan, KAI CONCEPT tampil dengan gayaan bersendi, perkadaran (proportion) yang teguh dan bahagian sisi yang beralun.

Mazda KAI CONCEPT
Mazda KAI CONCEPT

 

Bahagian dalaman pula adalah tipikal sebuah Mazda dan kali ini ia begitu ringkas dan ajaibnya tanpa paparan skrin tablet yang walaupun popular dalam kereta masa kini tetapi menggangu garisan berterusan papan pemuka.

Pameran KAI CONCEPT di Tokyo ini tepat pada masanya kerana walaupun Mazda3 terasa seperti baru lagi dilancarkan tetapi sudah pun empat tahun berada di pasaran. Mengikut kitaran produk biasa, sesebuah model akan digantikan sepenuhnya apabila ia genap lima tahun di pasaran.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Mazda KAI CONCEPT
Mazda KAI CONCEPT

Berita Berkenaan

Berita Global
Ia memiliki sifat yang ringan dan kuat dalam masa yang sama, namun harus diingat gentian karbon…
Telah Diuji
Kalau diikutkan sejak CX-5 generasi kedua ini mula dilancarkan pada tahun 2017, sudah enam kali…
Berita Global
  Kesemuanya dipadan bersama kotak gear automatik lapan kelajuan dan pacuan semua roda (AWD) i-…