Boleh didapati dalam versi bumbung targa atau bumbung fabrik standard, varian mesra OKU Mazda MX-5 Miata ini menampilkan beberapa ciri khas, seperti tombol kawalan pemanduan di bahagian konsol tengah bagi menggantikan pedal pendikit dan brek.
Ia berfungsi dengan cara menarik ke belakang untuk tujuan pecutan dan menolak kembali ke depan untuk memberhentikan kereta.
Selain itu, terdapat juga tombol berputar yang dipasang pada roda stereng membolehkan kawalan satu tangan dibuat dengan mudah.
Pemilik boleh menyimpan kerusi roda mereka pada bahagian tempat duduk penumpang yang turut didatangkan dengan kain pelindung khas.
Varian MX-5 ini hanya ditawarkan secara eksklusif dengan padanan transmisi automatik enam nisbah kelajuan sahaja.
Kos modifikasi kelengkapan mesra OKU ini bermula dari ¥339,400 (RM10,882.77) untuk model Roadster dan ¥365,900 (RM11,732) untuk model Roadster RF, tidak termasuk kos sebuah Mazda MX-5.