Mazda janji serap kos cukai jika kereta ditempah sebelum September tetapi dapat selepas SST

oleh HEZERI SAMSURI|
Bermaz Auto, pengedar kenderaan jenama Mazda diberitakan akan menyerap kos Cukai Penjualan dan Perkhidmatan (SST) untuk pelanggan yang telah menempah kenderaan mereka sebelum 1 September tetapi hanya menerimanya selepas tarikh tersebut.

Menurut laporan The Star Online, pegawai Bermaz Auto berkata adalah tidak adil jika kenderaan yang ditempah semasa SST belum diperkenalkan pada 1 Sept untuk membayar cukai tersebut.

"Ini adalah satu cara untuk kami membina kepercayaan terhadap jenama Mazda," ujarnya kepada akhbar tersebut.

Kebanyakan jenama lain sudah menghentikan penerimaan tempahan kerana sudah melebihi kuota dan tidak yakin kenderaan akan dapat disiapkan sebelum 1 September.

Syabas kepada Bermaz kerana sanggup mengurangkan kadar keuntungan untuk meraih sentimen pembelian semasa musim "bebas cukai" ini.

Ia juga membuktikan syarikat kenderaan mempunyai kadar keuntungan yang sangat tinggi dan cukai bukan menjadi masalah kadar harga kenderaan negara.

Berita Berkenaan

Berita Global
  Pengenalan ini adalah sebahagian daripada pendekatan Multi-Solution Approach dan mempunyai…
Berita Global
Melihatkan kepada peluang itu, syarikat penala AutoExe kini menawarkan pakej kit badan untuk SUV…
Informasi
  Warna khas itu dicipta melalui kaedah unik teknologi mengecat Mazda yang dipanggil sebagai …