Mazda janji bahawa MX-5 Miata akan kekal hidup dalam era elektrifikasi

oleh Danial Yasin Suhaimi|

Dalam era elektrifikasi ini, banyak nama-nama ikonik yang telah dihentikan dari pelbagai jenama, dan ada juga yang menjelmakan semula nama ikonik mereka sebagai kereta elektrik.

Pada bulan November, Mazda telah dedahkan konsep Vision Study menunjukkan komitmen jangka masa panjang Mazda untuk terus menghasilkan kereta yang seronok dipandu pada masa akan datang.

Gambaran konsep itu mungkin menunjukkan rupa baharu untuk generasi baharu MX-5 atau model serba baharu pada masa akan datang.

 

2

 

Menurut laporan Autocar, Ketua Pegawai Eksekutif Mazda Eropah, Martijn ten Brink berkata, "Bagaimana anda kekal berpegang teguh kepada konsep kereta itu untuk membawanya ke dalam teknologi generasi akan datang? Itu belum diputuskan. Tetapi saya fikir untuk Mazda adalah adil bagi mengatakan bahawa MX-5 tidak akan mati."

Pernyataan dari Brink itu sekaligus dapat memberikan kelegaan kepada peminat kereta sport tersebut, buat masa ini generasi keempat MX-5 ND masih ditawarkan dalam pasaran.

Kebiasaannya, apabila sesebuah model itu telah berada lama di pasaran, ianya pasti akan ketinggalan zaman, namun peminat Miata yang membelinya tetap menghargai kereta sport dengan enjin NA dan transmisi manual bersama pacuan roda belakang itu.

 

3

 

Mazda MX-5 sememangnya terkenal dengan kelincahan dan harga yang murah sebagai sebuah kereta sport, sebarang elektrifikasi untuk Miata akan menyebabkan kesukaran kepada tambahan trenkuasa.

Bagi memenuhi peraturan Euro 7 di negara Eropah, Pengarah dan pegawai eksekutif pengurusan kanan Mazda, Yasuhiro Aoyama, telah mencadangkan persediaan separa elektrik untuk Miata.

Perkara itu sekaligus dapat memberikan peluang kepada MX-5 untuk terus hidup sebagai sebuah kereta sport dengan pemanduan menyeronokkan pada masa akan datang.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pameran oleh Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii) itu akan dianjurkan bermula…
Berita Global
  Dari luar, Mazda3 untuk pasaran Jepun ini nampak sama sahaja kecuali warna baharu Ceramic…
Berita Global
Tidak seperti yang dijangkakan para peminat, kemunculan semula enjin rotary bukan lah sebagai nadi…