Mazda jadi penaja kenderaan rasmi Bandar Malaysia Open Golf Tournament 2020

oleh Mohamad Hanif|
Bermaz Motor Sdn Bhd selaku pengedar rasmi kenderaan Mazda di Malaysia telah dipilih selaku penaja kenderaan rasmi bagi kejuaraan Bandar Malaysia Open Golf Tournament bagi tahun 2020 yang akan berlangsung pada 5-8 Mac 2020.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Bertempat di Kota Permai Golf & Country Club, kejuaraan ini  menyaksikan seramai 40 orang peserta terdiri daripada 30 pemain professional dan 10 orang amatur termasuklah empat pemain junior. 

Sebagai rakan kenderaan rasmi untuk Bandar Malaysia Open Golf Tournament, Mazda Malaysia akan menyediakan fleet SUV CX-9 untuk kegunaan para kenamaan, VIP dan pemain golf pada acara tersebut. 

Selain daripada itu, Mazda Malaysia turut menyediakan hadiah berupa Mazda CX-8 sebagai hadiah Hole-In-One. 

Bermaz Motor Sdn Bhd dalam masa yang sama menghargai peluang yang diberikan dan menerusi model bertaraf mercu CX-9, Mazda akan memastikan setiap tetamu yang hadir mampu menikmati keselesaan dan keselamatan sepanjang acara berlangsung. 

 

Berita Berkenaan

Telah Diuji
Kalau diikutkan sejak CX-5 generasi kedua ini mula dilancarkan pada tahun 2017, sudah enam kali…
Telah Diuji
Sudah banyak SUV yang penulis uji sebelum ini, dan ada di antaranya menawarkan spesifikasi yang…
Telah Diuji
Ya, tekaan anda sama dengan apa yang penulis fikirkan - dua musuh ketat datang dari pengeluar Jepun…