Mazda hentikan program kereta lumba Mazda3 TCR

oleh Mohamad Hanif|
Sebelum kelahiran hot hatch Mazda3 2.5 liter turbo, syarikat Jepun yang berpengkalan di Hiroshima, Mazda telah menunjukkan kepada dunia sebuah hot hatch yang lebih seksi, Mazda3 TCR.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Mazda3 TCR dibangunkan dengan kerjasama Long Road Racing bagi bertanding di mana-mana kejuaraan TCR di seluruh dunia, bermula dengan Endurance Challenge 4 Hours sebagai sebahagian daripada Rolex 24 di Daytona, dan IMSA Michelin Pilot Challenge 2020.

 


Namun, hasrat murni tersebut nampaknya tidak kesampaian apabila satu laporan daripada Grassroots Motorsports yang memetik Pengarah Komunikasi dan Pemasaran Mazda USA, Emily Taylor mengesahkan program tersebut dibatalkan.

Menurut Taylor, "melihatkan kepada keadaan semasa yang diakibatkan oleh COVID-19, Mazda North American Operations (MNAO) membuat keputusan untuk membatalkan program pembangunan Mazda3 TCR. Kami mengucapkan terima kasih kepada para peminat dan rakan teknikal atas kerjasama dan sokongan yang ditunjukkan kepada Mazda Motorsports.

 


Namun usah risau, kerana untuk pasaran Amerika Syarikat (serta pasaran lain), Mazda telah mendatangkan sebuah hot hatch Mazda3 bernadikan enjin 2.5 liter turbo yang menghasilkan kuasa maksimum 250 hp dan 434 Nm yang memacu semua roda menerusi transmisi automatik.

Difahamkan, Mazda3 2.5T 2021 akan tiba di pengedar Amerika Syarikat menjelang akhir tahun ini dengan harga jualan bermula dari $29,900 (RM125,386) untuk versi sedan manakala versi hatchback pula sedikit mahal, $30,900 (RM129,579).

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Sifirnya bukan rahsia iaitu rekaan yang menyerlah dan tidak bergantung secara mutlak kepada…
Berita Global
Ia memiliki sifat yang ringan dan kuat dalam masa yang sama, namun harus diingat gentian karbon…
Telah Diuji
Kalau diikutkan sejak CX-5 generasi kedua ini mula dilancarkan pada tahun 2017, sudah enam kali…