Mazda daftar paten kereta sports 'RX-9' - teruskan legasi enjin Rotary!

oleh Mohamad Hanif|
Minggu lalu, Mazda dilaporkan mendaftarkan sebuah paten baharu yang dilihat sebagai pengganti sebenar kepada model kereta sports RX-8 yang sudah pun lama dihentikan produksinya.


Menurut laporan daripada Motor Magazine Japan, imej paten tersebut memaparkan struktur ala spaceframe penyerap hentakan pada kereta sports generasi baharu yang tidak ada pada mana-mana model SUV, sedan atau hatchback Mazda. 

Selain daripada kehadiran sistem suspensi jenis double-wishbone untuk bahagian hadapan, laporan itu turut menyebut kehadiran komponen crossmember yang mencadangkan susun atur enjin hadapan tengah (front-mid engine).
 


Melihatkan kepada ruang enjin yang begitu kompak, ia seakan selari dengan laporan yang diperoleh sebelum ini yang menyebut bahawa Mazda sedang membangunkan enjin Rotary generasi baharu (Skyactiv-R) - meneruskan legasi RX-7 dan juga RX-8.

Dalam imej paten ini juga, Mazda dilihat memberikan fokus kepada casis yang ringan, dengan kehadiran komponen yang diperbuat daripada bahan plastik diperkukuh gentian karbon (CFRP) dan juga aluminium. 

Menurut sumber dalaman Mazda, kereta sports baharu ini dibangunkan sepenuhnya dari kertas kosong, dan tidak memakai mana-mana platform sedia ada dan tidak pula akan diperluaskan untuk model baharu Mazda. 

Semoga kekecewaan para peminat akibat ketidaktentuan nasib Mazda3 MPS boleh diubati dengan kehadiran kereta sports Rotary generasi baharu 'RX-9'. 

Sumber: Autocar UK
 

Add new comment

Careta Ad

Berita Berkenaan

Berita Global
Ini memberikan satu petanda - Mazda sememangnya sedang menguji enjin rotary generasi baharu (…
Informasi
Secara teknikalnya, suicide door atau pintu bunuh diri ini merujuk kepada pintu yang mempunyai…