Tidak seperti trenkuasa EV dengan unit range-extender (penambah jarak) yang didedahkan oleh Mazda sebelum ini di mana enjin rotari digunakan sebagai unit penjana kuasa, paten terbaharu ini mendedahkan enjin rotari akan digunakan sebagai tenaga penggerak utama dan dibantu oleh motor elektrik.
Malah, paten terbaharu yang ditemukan oleh taku2-4885 ini memberikan gambaran yang jelas bahawa kereta sports terbaharu Mazda ini bakal mempunyai konfigurasi pacuan roda belakang - resepi yang sama digunakan sejak dari model RX-7.

Lebih menarik perhatian apabila enjin rotari yang digunakan dalam pendaftaran paten ini menggunakan susunan tiga rotor, di mana kali terakhir Mazda menggunakan susunan ini adalah pada model Cosmo coupe awal 90-an.
Beberapa bulan yang lalu, Mazda telah mendedahkan pendaftaran paten yang menunjukkan reka bentuk sebenar kereta sports pacuan roda belakang, diikuti dengan pendaftaran paten logo R, logo beserta nama e-SKYACTIV R-Energy, e-SKYACTIV R-HEV dan e-SKYACTIV R-EV.
Baca: Paten kereta sports pacuan roda belakang Mazda
Baca: Mazda daftar paten logo R
Baca: Mazda daftar paten log, nama e-SKYACTIV R
Baca: Mazda daftar paten enjin rotari, pacuan roda belakang, E-AWD
Sumber: taku2-4885