Mazda daftar paten enjin dua lejang dengan supercharger!

oleh Mohamad Hanif|
Tatkala industri automotif sudah mula beralih ke arah trenkuasa elektrik, Mazda nampaknya merupakan antara pengeluar yang 'masih' berdegil dengan enjin pembakaran dalaman.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Terbaharu, Mazda dilaporkan mendaftarkan paten berhubung salah satu enjin yang sudah kurang digunakan di dalam industri automotif moden - enjin dua lejang!

Paten enjin dua lejang tersebut turut menampilkan penggunaan induksi paksaan berbentuk pengecas lampau (supercharger) yang dikatakan mampu memberikan penjimatan bahan api yang lebih baik.
 

Mazda


Mazda turut menyatakan enjin dua lejang ini mampu beroperasi menggunakan pencucuhan kendiri mampatan seperti sebuah enjin diesel, dan boleh beralih kepada pencucuhan percikan api ketika di bawah beban yang lebih tinggi.

Selain itu, paten tersebut turut menyatakan penggunaan sistem pemasaan injap berbilang bagi mengekalkan nisbah mampatan yang tinggi ketika beroperasi di bawah keadaan pencucuhan kendiri.
 

Mazda3


Macam pernah dengar bukan? Ini kerana Mazda sendiri telah pun menghasilkan teknologi ini menerusi enjin Skyactiv-X di mana ia mampu beralih antara dua jenis pencucuhan ini bergantung kepada pemanduan.

Baca: Mazda Skyactiv-X

Tidak dapat dipastikan sama ada paten ini berjaya mengatasi masalah utama yang ada pada enjin dua lejang, iaitu pengeluaran emisi yang agak tinggi, memandangkan ia merupakan antara penyebab utama enjin jenis ini dihentikan penawarannya pada model-model motosikal moden.

Sumber: United States Patent and Trademark Office

Berita Berkenaan

Berita Global
  Sifirnya bukan rahsia iaitu rekaan yang menyerlah dan tidak bergantung secara mutlak kepada…
Berita Global
Ia memiliki sifat yang ringan dan kuat dalam masa yang sama, namun harus diingat gentian karbon…
Telah Diuji
Kalau diikutkan sejak CX-5 generasi kedua ini mula dilancarkan pada tahun 2017, sudah enam kali…