Mazda CX-90 2024 dijangka dapat nadi inline-6, 3.3 liter turbo, 340 hp!

oleh Mohamad Hanif|
SUV paling besar Mazda (dengan tiga baris tempat duduk) bakal dilancarkan pada 31 Januari ini dengan menggunakan nama baharu CX-90.
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02

Selain daripada nama baharu, ia juga dijangka akan membawakan enjin serba baharu - nadi e-Skyactiv Turbo enam silinder sebaris 3.3 liter yang mampu menghamburkan kuasa 340 hp dan 500 Nm!

Menurut Mazda, enjin 3.3 liter turbo itu merupakan enjin petrol yang paling berkuasa pernah dihasilkan, dan mampu menawarkan pengalaman pemanduan yang lebih mengujakan, diiringi dengan alunan not ekzos yang unik.
 

inline 6


Perasan frasa e-Skyactiv Turbo yang disebut pada perenggan di atas?

Ya, Mazda turut mengesahkan enjin baharu itu akan menampilkan teknologi hibrid ringan (mild-hybrid) untuk tahap kecekapan dan penggunaan bahan api yang lebih menjimatkan.

Mazda CX-90 versi plug-in hybrid (PHEV) juga akan turut ditawarkan kelak, di mana ia ditala untuk tujuan prestasi dan dikhususkan untuk pasaran Amerika Utara sahaja (buat masa ini).
 

CX-90


Sebagai info, Mazda CX-60 PHEV yang diperkenalkan sebelum ini menampilkan enjin 2.5 liter yang digandingkan dengan motor elektrik dan pek bateri lithium-ion 17.8 kWh.

Secara keseluruhan, ia mampu menghamburkan kuasa setinggi 323 hp dan 500 Nm.

Berbalik kepada CX-90 yang bakal dilancarkan kelak, Mazda menyebut ia bakal mempunyai sistem pacuan semua roda dengan kuasa yang lebih cenderung kepada gandar belakang, selain menampilkan teknologi Kinematic Posture Control untuk dinamik pemanduan tipikal sebuah Mazda.

Berita Berkenaan

Berita Global
Secara asasnya, CX-70 merupakan versi SUV dua baris tempat duduk sebagai alternatif kepada…
Berita Global
Menurut laporan terbaharu, Mazda USA mengumumkan mereka akan menamatkan penjualan bagi model CX-9…
Berita Global
Menurut bos Mazda Eropah, Martijn ten Brink memberitahu laman Automotive News Europe, Mazda bakal…