Mazda CX-9 2021 - kini dengan pakej 'Ignite Edition', harga dari RM319,847.40

oleh Mohamad Hanif|
Bermaz Motor Sdn Bhd selaku pengedar rasmi kenderaan jenama Mazda di Malaysia mengemaskini penawaran SUV CX-9 untuk model tahun 2021 dengan peningkatan rupa paras serta penambahan ciri baharu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Untuk model tahun 2021, Mazda CX-9 mendapat ciri 'Ignite Edition' yang merangkumi kemasan hitam berkilat pada pelindung cermin sisi, gril hadapan, rim aloi aluminium bersaiz 20 inci, kemasan kulit Burgundy, serta trim hitam pada papan pemuka, serta panel pintu.

Selain daripada itu, sistem infotainmen turut mendapat sokongan Apple Carplay nirwayar, Android Auto, slot pengecasan peranti pintar nirwayar serta ciri paddle shifter.
 

CX9


Kelengkapan keselamatan i-Activsense yang ada pada Mazda CX-9 2021 merangkumi ciri lampu LED adaptif, sistem pemantauan titik buta dengan amaran lintasan trafik belakang, amaran keluar laluan, bantuan pengekalan laluan, amaran tumpuan pemandu, Smart City Brake Support, serta penambahan ciri Smart Brake Support dan Mazda Radar Cruise Control.

Dari segi kelengkapan standard, Mazda CX-9 2021 dilengkapi dengan ciri seperti roda stereng dan tombol gear balutan kulit, kawalan iklim tiga zon automatik, tempat duduk pemandu dengan larasan 10 cara dan fungsi memori, serta ciri lampu aksen LED untuk ruang kabin.
 

CX9


Mazda CX-9 2021 didatangkan dengan enjin 2.5 liter turbo Skyactiv-G yang mampu menghasilkan 228 kuasa kuda dan 420 Nm, dipadankan dengan transmisi automatik enam kelajuan, ciri G-Vectoring Control Plus, serta pilihan pacuan roda roda atau semua roda (AWD).

Unit CBU yang diimport dari Jepun ini dijual pada harga RM319,847.40 untuk varian 2WD, atau RM336,215.40 untuk versi AWD, di mana harga yang disebutkan itu termasuk pengecualian cukai SST sehingga 31 Disember 2021.
 

CX9


Setiap pembelian didatangkan dengan jaminan selama lima tahun atau 100,000 km (yang mana terdahulu), serta pakej penyelenggaraan percuma selama lima tahun (atau 100,000 km yang mana tiba dulu) termasuk kos buruh, alat ganti dan pelincir.

Berita Berkenaan

Telah Diuji
Kalau diikutkan sejak CX-5 generasi kedua ini mula dilancarkan pada tahun 2017, sudah enam kali…
Berita Domestik
Perubahan yang dibawakan termasuklah unit lampu LED hadapan yang lebih nipis, grafik LED DRL…
Model Terbaharu
Dari segi luaran, antara perubahan ketara yang dibawakan pada Mazda 2 2023 versi facelift itu ialah…