
Perubahan yang dilakukan pada CX-8 2020 lebih tertumpu kepada penambahan keselesaan buat pemandu dan penumpang. Bahagian luar sama sahaja seperti sebelum ini dan pengguna tempatan tidak perlu merasa ralat untuk menempah CX-8 yang baru dilancarkan.
Tambahan pula walaupun CX-8 menghampiri usia dua tahun ia masih kelihatan menarik dan seperti baru memasuki bilik pameran.
Berikut ialah di antara ciri-ciri baharu pada Mazda CX-8 2020 untuk pasaran Jepun:
Kerusi penumpang:
- Kerusi baris kedua L Package dilengkapi suis 'one-touch walk-in'.
- Kerusi kapten dengan kulit Nappa dan mempunyai laluan 'walk-through' untuk L Package.
- Kerusi kulit hitam untuk XD Proactive S Package.
- Kerusi barisan kedua dengan pemanas untuk varian 25S Proactive, XD Proactive dan XD Proactive S Package.
- Pemegang cawan dan slot USB untuk kerusi kapten barisan kedua dengan laluan 'walk-through' (kecuali 25S).
- Slot USB pada kerusi baris ketiga untuk varian tertentu.

Off-Road Traction Assist:
- Model AWD dilengkapi fungsi 'Off-Road Traction Assist' yang baru dibangunkan. Berupaya menarik keluar apabila SUV ini tersangkut di dalam permukaan jalan yang kasar.
Nadi kuasa:
- Pilihan AWD untuk varian Skyactiv-G 2.5 dan FWD untuk Skyactiv-G 2.5T. Pelanggan kini boleh memilih pacuan AWD atau FWD untuk semua jenis enjin.
Penambahan keselesaan dan lebih senyap:
- Saiz skrin WVGA tengah dinaikkan dari tujuh kepada lapan inci.
- Bunyi hujan dikurangkan dengan 'damping coating' pada bumbung.
- Saiz ruang simpanan 'sub-trunk' kini meningkat 19 liter kepada 84 liter (tanpa sistem audio BOSE) dan bertambah 8 liter kepada 56 liter (dengan sistem audio BOSE).

Ciri khas pada model istimewa Exclusive Mode:
- Kerusi baris kedua dengan fungsi gelungsur dan rebahan berkuasa dan pengudaraan bagi mengeluarkan udara panas dan lembab di antara kerusi dan badan penumpang.
- Suis 'walk-in' bagi melipat kerusi baris kedua ke bawah dan tolakan ke depan.
- Perehat lengan dengan konsol pada kerusi baris kedua
Kelengkapan utama pada varian baharu - XD Proactive S Package
- Kerusi kulit hitam untuk model enam atau tujuh tempat duduk.
- Kerusi dengan fungsi pemanas dan pengudaraan untuk pemandu dan penumpang.
- Cermin pandang belakang tanpa bingkai dan pemalap automatik.
- Skrin meter kelajuan berukuran tujuh inci (Berwarna TFT).
Mazda CX-8 2020 dijual di Jepun pada harga permulaan JPY2,948,000 (RM113,563) untuk varian asas 25S SKYACTIV-G 2.5 FWD sehingga JPY4,890,600 (RM188,395) untuk varian paling premium XD Exclusive Mode (Special Edition) SKYACTIV-D 2.2 AWD.
Penulis: Muhammad Md Tajudin
