Mazda CX-8 henti produksi hujung tahun ini, kekal CKD di Malaysia hingga 2026

oleh Mohamad Hanif|
Mazda mengumumkan produksi model SUV tiga baris tempat duduk Mazda CX-8 akan berakhir pada Disember 2023.

MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Model yang dijual di pasaran Jepun, China, Oceania dan Asia Tenggara itu dijangka akan digantikan dengan model CX-80 serba baharu yang akan dilancarkan pada tahun hadapan.

Keputusan itu dibuat sebagai sebahagian daripada strategi Mazda untuk memperkenalkan pelbagai jenis model berelektrik sehingga tahun 2025, termasuklah model hibrid (HEV), plug-in hybrid (PHEV) dan kenderaan elektrik bateri (BEV).

Menurut laporan daripada rakan media Paultan, Bermaz Motor selaku pengedar rasmi kenderaan Mazda di Malaysia mengesahkan operasi CKD Mazda CX-8 di Kulim akan diteruskan sehingga tahun 2026.

Mazda CX-8 telah dilancarkan di pasaran Malaysia pada tahun 2019, dan versi kemaskini yang diperkenalkan pada tahun lalu ditawarkan dengan tiga pilihan enjin, iaitu enjin 2.5 liter NA (192 hp, 258 Nm), enjin 2.5 liter turbo (228 hp, 420 Nm), dan enjin diesel 2.2 liter (188 hp, 450 Nm).

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Namun, syarikat penala Jepun Auto Exe mempunyai idea yang mampu membuatkan CX-8 ini jauh lebih…
Berita Domestik
  Dalam kejadian kira-kira pukul 5 petang itu menyebabkan Perodua Myvi terbalik dan insiden…
Pelancaran
Diposisikan sebagai varian yang paling premium, Mazda CX-8 didatangkan dengan nadi Skyactiv-G 2.5…