Mazda CX-50 2023 rasmi dilancarkan - penampilan yang lebih ranggi

oleh Mohamad Hanif|
Tirai akhirnya disingkap, dan kita kini sudah boleh melihat kelibat sebenar SUV baharu yang dilancarkan oleh Mazda khusus untuk pasaran Amerika Syarikat, iaitu Mazda CX-50 2023.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Disifatkan sebagai pelengkap kepada model CX-5 sedia ada, Mazda memberikan penampilan yang lebih ranggi kepada model CX-50 meskipun mengekalkan bahasa rekaan Kodo yang telah wujud setelah sekian lama.
 

CX50


Dari segi luaran, SUV tersebut diberikan pemasangan cladding plastik pada arka roda dan muka hadapan, sementara bahagian bumbung pula menampilkan rel berkekuatan tinggi untuk memuatkan barangan.

Rekaan gril juga turut menampilkan aksen hitam yang lebih ketara, serta bukaan sisi pada bahagian bampar depan yang agak besar.

 

CX50


Sementara ruang kabin pula, Mazda masih lagi mengekalkan susun atur berorientasikan pemandu, namun kini dilengkapi dengan penggunaan bahan yang lebih premium, warna Terracotta, bumbung panoramik dan kehadiran ruang storan.

Mazda CX-50 2023 masih lagi mengekalkan penggunaan nadi 2.5 liter aspirasi natural untuk varian asas, sementara varian tertinggi pula mendapat nadi 2.5 liter turbo yang dipadankan dengan pacuan semua roda dan transmisi automatik enam kelajuan.

Spesifikasi dan output kuasa hanya akan didedahkan kelak, namun menurut Mazda, CX-50 versi hibrid akan mula didapati dalam masa terdekat.
 

CX50


Sistem pacuan semua roda i-Activ itu menampilkan ciri pemilihan mod pemanduan Mi-Drive, di mana pemandu boleh memilih mod yang dikehendaki seperti Normal, Sport dan Off-Road, serta mod untuk menunda muatan di bahagian belakang.

Difahamkan, produksi CX-50 hanya akan bermula menjelang awal tahun hadapan.

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut bos Mazda Eropah, Martijn ten Brink memberitahu laman Automotive News Europe, Mazda bakal…
Berita Global
Apabila ditanya mengenai generasi baharu model tersebut, pengurus program bagi model Mazda CX-5,…
Berita Global
Tidak seperti model CX-50 yang lebih bersifat ranggi, Mazda CX-60 pula menerapkan konsep minimalis…