Mazda CX-5 saingan terbaru Honda CR-V dan Nissan X-Trail, dari RM 134k

oleh Muhammad Md Tajudin|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Di pasaran dunia saingan untuk segmen SUV sememangnya sengit. Dari Honda CR-V, Nissan X-Trail, Renault Koleos, Mitsubishi Outlander, Volkswagen Tiguan dan Mazda CX-5. Itu belum lagi dikira dalam segmen mewah. 

Hakikatnya ialah pasaran SUV seperti ini semakin berkembang sehingga terbawa ke dalam segmen B seperti Honda HR-V, Mazda CX-3, Nissan Juke dan sebagainya.

Terkini di pasaran tempatan, ada dua pelancaran dan pengenalan terbaru yang menambah lagi pilihan mereka yang tercari-cari SUV segmen sederhana (C). Salah satu darinya ialah Mazda CX-5.

 

Mazda CX-5 2017

 

Mazda CX-5 secara tradisinya bersaing dengan Honda CR-V dan kedua-dua model ini selalu menjadi pertanyaan umum untuk dipilih, namun itu sebelum ETCM memasarkan Nissan X-Trail dengan tujuh tempat duduk.

Kemudian beberapa bulan lalu Honda melancarkan CR-V baharu yang tampil dengan pakej lengkap pada harga sangat baik. Tidak lama menunggu, Mazda memperkenalkan CX-5 pada 28 September dengan tawaran yang tidak kurang menarik.

Mazda CX-5 generasi kedua dipertontonkan semasa Pameran Kenderaan Los Angeles pada November tahun 2016 dan tidak sampai setahun Mazda Malaysia telah berjaya memasangnya di kilang Inokom yang terletak di Kulim, Kedah.

Dari segi reka bentuk, berbanding CR-V yang lari terus dari model terdahulu (G4), CX-5 generasi kedua ini lebih kepada evolusi generasi pertama. CX-5 baharu ini mirip kepada gayaan model-model terbaru seperti CX-3, CX-8 dan CX-9.

 

Mazda CX-5 2017

 

Berikut ialah informasi tentang Mazda CX-5 baharu:

CX-5 2.0G SkyActiv (155 hp/200 Nm)

  • 2WD GL (RM 134,605.50)  - Kerusi fabrik, roda 17 inci, enam beg udara, ABS dengan EBD, BA, DSC dan kawalan cengkaman
  • 2WD GLS - (RM 148,605.50) - Kerusi balutan kulit, Adaptive Front-Lighting System (AFS), entri bebas kunci, i-Activesense dengan Blind Spot Monitoring (BSM), Rear Cross Traffic Alert, Smart City Brake Support (SCBS)

CX-5 2.5G SkyActiv (192 hp/257 Nm)

  • 2WD GLS (RM 160,996.70) - Sama seperti 2WD GLS kecuali dengan roda aloi 19 inci

CX-5 2.2 Diesel (173 hp/420 Nm)

  • 2WD GLS (RM 164,579.10) 
  • AWD GLS (RM 175,179.10)
  • Sama seperti varian GLS lain dengan tambahan Lane Departure Warning System (LDWS), Lane Keep Assist System (LKA), SCBS depan dan belakang, Driver Attention Alert (DAA) dan Adaptive LED Headlights (ALH)

Transmisi - Enam kelajuan automatik

Warna - Soul Red Crystal, Machine Grey, Snowflake Pearl White Pearl Mica

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Berita Berkenaan

Berita Global
Ia memiliki sifat yang ringan dan kuat dalam masa yang sama, namun harus diingat gentian karbon…
Telah Diuji
Kalau diikutkan sejak CX-5 generasi kedua ini mula dilancarkan pada tahun 2017, sudah enam kali…
Berita Global
  Kesemuanya dipadan bersama kotak gear automatik lapan kelajuan dan pacuan semua roda (AWD) i-…