Mazda CX-5 akan jadi sama premium dengan GLC, X5 - guna pacuan roda belakang, enjin inline-6!

oleh Mohamad Hanif|
Setelah berita berkenaan Mazda2 yang menggunakan platform Yaris TNGA timbul, wujud pula satu lagi berita baharu dari Mazda, kali ini berkenaan SUV Mazda CX-5.
Modenas

Menurut laporan daripada BestCarWeb Jepun, mereka memperoleh informasi yang mendakwa Mazda bakal menawarkan SUV CX-5 dengan spesifikasi yang mampu menyaingi model-model SUV premium seperti Mercedes-Benz GLC-Class dan BMW X5.

Apa yang membuatkan ia mampu duduk sama tinggi dengan model premium tersebut adalah naiktaraf kepada platform pacuan roda belakang (Mazda6), serta kemungkinan penggunaan enjin enam silinder sebaris!

Sebelum ini terdapat beberapa laporan yang mencadangkan bahawa Mazda mungkin sekali menggugurkan nama CX-5 bagi memberi laluan kepada nama baharu CX-50.

Namun, laman BestCarWeb mendakwa pengenalan model CX-50 mungkin sekali akan mengikut jejak langkah yang diperlihatkan menerusi model CX-30 yang wujud seiring dengan model SUV CX-3, di mana Mazda CX-50 berkemungkinan besar adalah versi coupe kepada Mazda CX-5.

Namun, ini semua tidak akan direalisasikan sehinggalah pada tahun 2022, di mana Mazda akan mula memperlihatkan barisan model baharu mereka.

Selain daripada Mazda2 generasi baharu, Mazda juga sedang giat membangunkan sedan premium segmen D Mazda6 yang bakal menggunakan platform pacuan roda belakang, serta penawaran enjin enam silinder sebaris yang lebih berkuasa.

Sumber: BestCarWeb JP

Add new comment

Berita Berkenaan

Telah Diuji
  Jadi, apa yang anda dapat dalam SUV Jepun tetapi dipasang siap (CKD) di Kulim, Kedah ini yang…
Berita Domestik
  Berikut merupakan jumlah dan model yang terlibat:-   Model Jumlah yang terlibat…
Berita Global
Ini kerana menurut satu laporan daripada laman berita Jepun Spyder7, mereka berjaya mendapatkan…