Mazda CX-5 2.5L Turbo AWD untuk pasaran Malaysia - harga rasmi RM181,770

oleh Mohamad Hanif|
Mazda CX-5 kini menerima penambahan varian baharu sekaligus menjadi varian paling tinggi di dalam hierarki penawaran SUV segmen C untuk pasaran Malaysia.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Memperkenalkan, Mazda CX-5 2.5L T AWD. 

 


Mazda CX-5 2.5L Turbo didatangkan dengan nadi Skyactiv-G 2.5 liter yang memacu kesemua empat roda menerusi transmisi automatik Skyactiv-Drive enam nisbah kelajuan. 

Kuasa yang terhasil pula adalah setinggi 230 PS dan daya kilas 420 Nm dan turut didatangkan dengan ciri GVC Plus sebagai ciri standard. 
 


Dari segi kelengkapan Mazda CX-5 2.5L Turbo tidak membawakan sebarang perbezaan ketara selain daripada ciri standard lampu nyalaan siang LED, tempat duduk balutan kulit boleh laras dengan 10 tetapan, serta skrin instrumen 7 inci. 

Bagi melindungi pemandu dan penumpang, SUV turbo ini dilengkapi dengan ciri enam beg udara, Kawalan Kestabilan Dinamik (DSC), Pengagihan Daya Brek Elektronik (EBD), Kawalan Cengkaman (TCS), Lampu Berhenti Kecemasan (ESS), Bantuan Mula Mendaki (HLA), Auto Hold serta cagak ISOFIX dengan Top Tethers.

Sistem keselamatan aktif pula merangkumi lampu utama LED adaptif, Pemantauan Titik Buta (BSM), Amaran Lintasan Trafik Belakang (RCTA), Sistem Amaran Keluar Laluan (LDWS), Sistem Bantuan Kekal Laluan (LAS), Amaran Tumpuan Pemandu (DAA) dan Bantuan Brek Bandar Pintar (SCBS). 
 


Lapan warna ditawarkan sebagai pilihan termasuklah Soul Red Crystal, Machine Gray, Snowflake White Pearl, Deep Crystal Blue, Sonic Silver, Meteor Gray, Jet Black dan Arctic White. 

Harga jualan rasmi untuk setiap varian Mazda CX-5 adalah seperti berikut:

2.0 Skyactiv-G GL 2WD — RM 137,379.20
2.0 Skyactiv-G GLS 2WD — RM 154,739.20
2.5 Skyactiv-G GLS 2WD — RM 167.770.40
2.2 Skyactiv-D GLS 2WD — RM 172,532.80
2.5 Turbo Skyactiv-G GLS AWD — RM 181,770.40
 


Setiap pembelian kereta Mazda yang didaftarkan bermula 1 Januari 2019 didatangkan dengan jaminan pengeluar selama lima tahun/perbatuan 100,000 km* termasuklah servis penyelenggaraan percuma lima tahun/perbatuan 100,000 km* (kecuali Mazda BT-50). 

*yang mana terdahulu.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Mazda CX-5 facelift ini telah pun dinampakkan di Malaysia pada November lalu, dan menurut beberapa…
Berita Global
Baru-baru ini, hantaran seorang pengguna Facebook dari Thailand telah menunjukkan salah satu contoh…
Berita Domestik
Tan Min Chun, 32, didakwa melakukan perbuatan itu di Jalan Parit Jalil, Parit Sulong, di sini pada…