Mazda CX-5 2024 facelift rasmi - unit CKD, lima varian, empat pilihan enjin, dari RM144k

oleh Mohamad Hanif|
Bermaz Motor mengumumkan ketibaan versi facelift SUV segmen C Mazda CX-5 2024, membawakan kemaskini dari segi penggayaan serta penampilan teknologi dan ciri baharu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Perubahan yang dibawakan termasuklah unit lampu LED hadapan yang lebih nipis, grafik LED DRL berbentuk L diikuti dengan pendekatan yang sama pada lampu belakang, bampar dengan rekaan nafas baharu, serta jeriji tiga dimensi dengan kemasan krom.

Pembeli juga boleh mendapatkan rim aloi gaya baharu bersaiz 17 dan 19 inci.
 

CX5


Teknologi Skyactiv Vehicle Architecture turut ditambah baik terutama pada aspek ketegaran casis, suspensi (spring dan peredam), serta tempat duduk bagi menawarkan pengalaman pemanduan yang lebih asli dan selesa, serta NVH yang dipertingkatkan.

Secara standard, kesemua varian dilengkapi dengan cermin sisi auto lipat, pengecas peranti tanpa wayar Qi, Apple CarPlay tanpa wayar, skrin infohibur sebesar lapan inci, serta sistem pencahayaan LED ruang kabin.

Mazda Malaysia turut menambah baik perincian bagi setiap varian yang ditawarkan.
 

LED


Varian 2.0L Mid kini dilengkapi dengan Mazda's Advanced Keyless Entry, sementara varian 2.0L High dan ke atas masing-masing dilengkapi dengan paddle shifter dan ciri lampu LED Signature.

Varian 2.5L dan ke atas juga kini mendapat fungsi pengudaraan pada tempat duduk pemandu dan penumpang hadapan.

Sementara varian 2.5T AWD pula membawakan ciri Mi-Drive yang menawarkan tiga mod pemanduan iaitu Normal, Sport dan Off-road.

Mod Off-Road yang wujud pada CX-5 2.5T itu akan mengoptimumkan karakteristik seperti sistem pacuan semua roda untuk kadar cengkaman yang tinggi dan lancar, serta kawalan transmisi dan kelajuan enjin melahu untuk memaksimumkan keupayaan mendaki.
 

CX5


Dari segi keselamatan, Mazda CX-5 2024 varian 2.0L High dan ke atas dilengkapi dengan ciri tambahan pada i-Activsense Advance Driver Assist Safety, merangkumi Smart Brake Support (SBS), Mazda Radar Cruise Control (MRCC) dan Cruising & Traffic Support (CTS).

Terdapat tujuh warna yang ditawarkan termasuklah Jet Black, Snowflake White Pearl, Machine Gray, Deep Crystal Blue, Soul Red Crystal, serta dua warna baharu iaitu Polymetal Gray dan Platinum Quartz.

Mazda CX-5 2024 facelift dipasang di kilang Inokom Kulim, Kedah, dan dijual pada harga bermula dari RM144,469.20 hingga RM188,760,40, lengkap dengan jaminan pengeluar lima tahun dan pakej penyelenggaraan percuma lima tahun.
 

CX5


Kedua-dua jaminan dan pakej penyelenggaraan tersebut mempunyai tempoh selama lima tahun dengan had perbatuan 100,000 km, yang mana tiba dahulu.

Berita Berkenaan

Telah Diuji
Kalau diikutkan sejak CX-5 generasi kedua ini mula dilancarkan pada tahun 2017, sudah enam kali…
Model Terbaharu
Dari segi luaran, antara perubahan ketara yang dibawakan pada Mazda 2 2023 versi facelift itu ialah…
Berita Global
Model yang dijual di pasaran Jepun, China, Oceania dan Asia Tenggara itu dijangka akan digantikan…