Mazda CX-5 2020 guna teknologi nyahaktif silinder - hanya 2 silinder berfungsi

oleh Muhammad Md Tajudin|
Meneka pergerakan Mazda sebenarnya tidak sukar. Model yang dipertingkatkan (facelift) secara visualnya tidak berubah besar-besaran. Cukup sekadar nampak segar dan kemas.

Apa yang menjadi perhatian Mazda sebenarnya ialah pada nadi kuasa. Mazda sentiasa mencari jalan bagi menyempurnakan enjin pembakaran dalaman (ICE) supaya lebih cekap.

Terbaru Mazda CX-5 untuk pasaran United Kingdom dilengkapi enjin dengan teknologi nyahaktif silinder (cylinder deactivation) bagi model petrol manual. 

Juga baharu ialah warna Polymetal Grey Metallic untuk kesemua varian CX-5.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Mazda CX-5

 

Teknologi nyahaktif silinder bukan sesuatu yang baharu untuk pengeluar dan sebagai Mazda, ia tetap mahu lihat kembali pada teknologi tersebut.

Enjin Skyactiv-G petrol berkuasa 165ps kini mempunyai penurunan CO2 sebanyak 8g/km berdasarkan kitaran WLTP. 

Sistem itu hanya mengaktifkan dua silinder dalam kelajuan rendah dan selain kadar CO2, Mazda tidak mendedahkan penggunaan minyak terbaru untuk kami kongsikan.

Pada bahagian dalaman, model 2020 menerima perubahan kecil iaitu skrin arahan yang kini dengan paparan penuh untuk untuk visual lebih besar dan jelas. Turut diperbaharui ialah penebat bunyi untuk keselesaan dalaman.

 

Mazda CX-5

 

Satu keistimewaan kenderaan Mazda ialah pada pengendalian. Perubahan dibuat pada talaan suspensi sebelum ini lagi (model 2019) dengan memperhalusi dinamika pemanduan dari segi keseimbangan pengendalian dan tahap keselesaan.

Di antara perubahan ialah saiz palang anti oleng depan ditebalkan, palang anti oleng belakang lebih kecil, sesendal (bushing) penstabil depan baharu, top mount damper belakang dengan bahan urethane baharu dan struktur injap mendapan (damping valve) yang diubahsuai.

 

Mazda CX-5

 

Model 2019 juga diperkenalkan dengan GVC Plus yang memberi lebih keyakinan kepada pemandu semasa melalui jalan berliku.

Dilancarkan pada 2012, sebanyak 60,000 unit CX-5 dijual UK dengan jualan generasi kedua telah melepasi 25,000 unit.

Ada 14 varian CX-5 ditawarkan di sana dengan harga permulaan dari £27,030 (RM144,485) hingga £39,085 (RM208,924).

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Berita Berkenaan

Berita Global
Ia memiliki sifat yang ringan dan kuat dalam masa yang sama, namun harus diingat gentian karbon…
Telah Diuji
Kalau diikutkan sejak CX-5 generasi kedua ini mula dilancarkan pada tahun 2017, sudah enam kali…
Berita Global
  Kesemuanya dipadan bersama kotak gear automatik lapan kelajuan dan pacuan semua roda (AWD) i-…