Mazda CX-5 2017 - harga rasmi dari RM136k

oleh HEZERI SAMSURI|

Mazda bakal melancarkan varian CX-5 terbaharu mereka bulan hadapan.

Namun, nampaknya harga dan varian yang akan ditawarkan sudah tersebar di laman media sosial.

Menurut laman automotif nombor satu Asean, Paul Tan.org, generasi kedua CX-5 itu datang dalam lima varian dan tiga jenis enjin.

cx5 tepi

 

SUV lima tempat duduk ini dipasang di Kulim, Kedah dan dibawah ialah senarai enjin dan juga harganya.

  • Mazda CX-5 GL dengan enjin 2.0L dan pacuan 2WD dari harga RM136,405.
  • Mazda CX-5 GLS (spesifikasi lebih mewah) dengan enjin 2.0L dan pacuan 2WD dari harga RM150,291.
  • Mazda CX-5 2.5 GLS dengan enjin 2.5L SkyActiv-G pada harga RM164,886.
  • Mazda CX-5 SkyActiv-D diesel dengan pacuan 2WD pada harga RM171,539
  • Mazda CX-5 SkyActiv-D diesel denganpacuan AWD pada RM182,139.
dalam mari

 

Dari segi rekabentuk, MAzda CX-5 baharu nampak lebih mengujakan dan harapan Careta ialah rekabentuk ini tahan lebih lama dari model sekarang yang sudah nampak jelek selepas setahun dua di dalam pasaran.

CX5 bontot

 

 

Add new comment

Careta Ad

Berita Berkenaan

Telah Diuji
Bagi mereka yang merungut kenapa Mazda tidak mahu membezakan ciri-ciri luaran antara SUV-SUVnya,…
Berita Global
Dalam satu video ringkas, kali ini kita dapat melihat sekali imbas bagaimana bentuk yang bakal…
Gaya Hidup
  Apa yang menarik adalah jumlah keseluruhan Mazda Miata yang terkumpul adalah sebanyak 2300 dan…