Mazda CX-4, ada di China tiada di tempat lain

oleh Muhammad Md Tajudin|
Mazda CX-4
Mazda CX-4
Apabila bercakap mengenai Mazda banyak model boleh dijadikan topik perbincangan seperti Mazda3, Mazda6, MX-5 dan siri SUV yang menarik belaka.

Walaupun Mazda mengambil pendekatan berbeza dengan pengeluar lain dari segi teknologi, masih ada persamaan yang ketara iaitu tumpuan pada segmen SUV.

Cuba perhatikan senarai model di bawah:

- Mazda CX-9, CX-8, CX-5
- Mazda MX-30, CX-30
- Mazda CX-3

Kesemua model di atas mewakili pelbagai segmen dan teknologi seperti petrol, diesel, aspirasi normal, turbo dan elektrik. Senarai model tersebut walaupun banyak tetapi masih ada yang kurang.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
Mazda CX-4

 

Model yang dimaksudkan ialah Mazda CX-4 dan dibangun dan dipasarkan khusus untuk negara China. 

Mazda CX-4 diperkenalkan di China pada 25 April 2016 sempena Pameran Kenderaan Beijing. CX-4 membawa gaya unik iaitu sebuah crossover SUV dengan bumbung landai seperti coupe.

Dari segi saiz, CX-4 hampir menyamai CX-5 dengan ukuran berikut:

  • Panjang: CX-4 (4,633mm) CX-5 (4,550mm)
  • Lebar: CX-4 (1,840mm) CX-5 (1,842mm)
  • Jarak roda (wheelbase): CX-4 (2,700mm) CX-5 (2,698mm)
  • Tinggi: CX-4 (1,530 - 1,535mm) CX-5 (1,680mm)

Walaupun hampir sama, kedua-dua model mempunyai konsep berbeza di mana CX-5 lebih kepada SUV dengan badan tinggi dan tegap.

Berkenaan enjin, CX-4 semasa diperkenalkan ditawarkan dengan dua pilihan iaitu SKYACTIV-G 2.0 dan SKYACTIV-G 2.5.

 

Mazda CX-4

 

Satu lagi perkara menarik ialah varian 2.0 liter ditawarkan dengan pacuan roda depan (FWD) dan dua pilihan transmisi iaitu SKYACTIV-MT (enam kelajuan manual) dan SKYACTIV-DRIVE (enam kelajuan automatik).

Memandu sebuah SUV dengan transmisi enam kelajuan manual terasa seperti satu pengalaman menarik.

Mazda CX-4 2.5 liter pula dipacu oleh teknologi i-ACTIV-AWD dan padanan transmisi tunggal SKYACTIV-DRIVE (enam kelajuan automatik).

Selain itu, kedua-dua model mempunyai saiz tayar dan roda berbeza dengan model 2.0 liter menggunakan roda 17 inci manakala model 2.5 liter dilengkapi saiz 19 inci.

Dari segi keselamatan, Mazda CX-4 dilengkapi teknologi bantuan pemanduan canggih i-ACTIVSENSE.#

Bagaimana dengan sambutan? Setakat Oktober 2016 atau hanya beberapa bulan selepas dilancarkan jualan CX-4 telah mencecah 21,860 unit.

 

Mazda CX-4

 

Pada bulan November tahun sama, Mazda CX-4 diumumkan sebagai China Car Design of the Year di dalam Anugerah Kereta Tahunan China 2017 yang dianjurkan oleh Chinese Automotive Media Chief Editors' Club (C-Club) dan PRIME Research & Consulting (Shanghai) Ltd.

Dengan gayaan SUV ala coupe, Mazda CX-4 sebuah model menarik dan sayangnya dibuat untuk China sahaja.

Menarik jika ditawarkan di negara kita namun dilihat akan bertindan dengan sejumlah SUV Mazda sedia ada di pasaran yang juga tidak kurang hebatnya.

Penulis: Muhammad Md Tajudin