Mazda CX-30 sudah boleh ditempah - Unit CBU, harga bermula dari RM143 ribu

oleh Mohamad Hanif|
Mazda Malaysia kini membuka tempahan bagi model crossover SUV terbaharu yang bakal memasuki pasaran tempatan tidak lama lagi, iaitu Mazda CX-30.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dibangunkan menggunakan platform Skyactiv-Vehicle Architecture, Mazda CX-30 memiliki jarak antara roda sepanjang 2,655 mm dan diposisikan antara Mazda CX-3 dan Mazda CX-5. 

 


Oleh sebab itu, Mazda CX-30 mampu menawarkan ruang kargo yang lebih besar berbanding Mazda CX-3, iaitu seluas 430 liter dan boleh mencapai kapasiti maksimum 1,432 liter apabila tempat duduk belakang dibaringkan. 

Varian asas Mazda CX-30 didatangkan dengan kelengkapan seperti rim aloi 16 inci, lampu LED (utama dan belakang), bumbung suria, spoiler belakang, sistem pendingin hawa manual, kerusi balutan fabrik dan stereng balutan kulit. 

Sistem hiburan pula merupakan Mazda Connect Infotainment System dengan skrin paparan bersaiz 8.8 inci, lapan unit pembesar suara serta menerima ciri sambungan kepada Android Auto dan Apple CarPlay. 
 


Manakala dua varian teratas menerima kelengkapan yang lebih premium seperti rim aloi bersaiz 18 inci, lampu iluminasi signatur Mazda, sistem pendingin hawa dua zon automatik, tempat duduk boleh laras (10 tetapan) dengan fungsi memori, tempat duduk balutan kulit, serta tailgate berkuasa. 

Secara standard, kelengkapan asas keselamatan Mazda CX-30 merangkumi tujuh beg udara, ABS, EBD, Kawalan Kestabilan Dinamik, Bantuan Brek Kecemasan, Kawalan Cengkaman, Bantuan Mula Mendaki, cagak ISOFIX dan juga Lampu Berhenti Kecemasan. 

Sementara itu, ciri yang lebih maju seperti Sistem Lampu Hadapan Adaptif, Kawalan Suluhan Tinggi, Sistem Pemantauan Titik Buta, Amaran Lintasan Trafik Belakang, Amaran Tumpuan Pemandu, Sokongan Brek Pintar dan Kawalan Pelayaran Radar Mazda hanya terdapat pada dua varian tertinggi sahaja. 
 


Dua pilihan enjin ditawarkan, iaitu enjin Skyactiv-G 2.0 liter yang menghasilkan 163 kuasa kuda dan 213 Nm daya kilas, dan enjin diesel Skyactiv-D 1.8 liter yang menjana 114 hp dan 270 Nm. 

Kedua-dua enjin diatas memacu roda hadapan sahaja menerusi sistem transmisi automatik Skyactiv Drive enam nisbah kelajuan. 

Tidak seperti Mazda CX-5 dan Mazda CX-8 yang dipasang secara tempatan (CKD), Mazda CX-30 diimport sepenuhnya dari Jepun dalam unit CBU dengan lapan warna menarik ditawarkan termasuklah Soul Red Crystal, Machine Gray, Titanium Flash, Jet Black, Deep Crystal Blue, Sonic Silver, Snowflake White Pearl, dan Polymetal Gray Metallic. 
 


Harga jualan pula bermula dari RM143,119.20 untuk varian CX-30 2.0L (2WD), RM164,119.20 untuk varian pertengahan 2.0L High (2WD), manakala varian diesel 1.8L High pula dijual pada harga bermula RM173,027.70 - kesemua merupakan harga atas jalan tanpa insurans. 

Setiap pembelian Mazda CX-30 didatangkan dengan jaminan berupa lima tahun termasuk servis penyelenggaraan percuma lima tahun (kos buruh, alat ganti dan pelincir) dan terhad kepada 100,000 km (yang mana terdahulu). 
 

Berita Berkenaan

Telah Diuji
Kalau diikutkan sejak CX-5 generasi kedua ini mula dilancarkan pada tahun 2017, sudah enam kali…
Telah Diuji
Sudah banyak SUV yang penulis uji sebelum ini, dan ada di antaranya menawarkan spesifikasi yang…
Telah Diuji
Ya, tekaan anda sama dengan apa yang penulis fikirkan - dua musuh ketat datang dari pengeluar Jepun…