Mazda CX-30 skor markah tertinggi perlindungan dewasa Euro NCAP - 99%!

oleh Mohamad Hanif|
Nampaknya, Mazda CX-30 menjadi model yang paling terkini menerima skor penarafan keselamatan tertinggi Euro NCAP apabila berjaya mencatatkan lima bintang dalam ujian pelanggaran kenderaan baharu agensi tersebut.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Crossover yang diposisikan antara CX-3 dan CX-5 itu berjaya meraih markah 99 peratus dalam perlindungan penumpang dewasa, 86 peratus untuk penumpang kanak-kanak, dan 80 peratus untuk perlindungan terhadap pejalan kaki. 

Manakala untuk aspek bantuan teknologi keselamatan seperti Bantuan Pengekalan Laluan dan sebagainya, Mazda CX-30 mencatatkan markah setinggi 77 peratus. 

Menurut Matthew Avery, pengarah kajian insurans di Thatcham Research berkata, keputusan yang diperoleh berdasarkan ujian pelanggaran tersebut adalah sangat impresif. 

 


"Mazda CX-30 merupakan sebuah kenderaan arus perdana yang boleh didapati pada harga yang mampu milik, namun masih mampu menawarkan perlindungan yang sangat baik untuk para penumpang. 

"Struktur kenderaan dan prestasi komponen kekangan yang dilengkapkan adalah kunci penting dalam perlindungan, terutama sekali ketika ujian pelanggaran tiang sisi kenderaan. 

Setakat ini, Mazda CX-30 merupakan kenderaan paling selamat mengalahkan model-model lain seperti Alfa Romeo Giulia, Mazda3, Volvo XC60 dan Volvo V40, di mana kesemua model diatas sekadar memperoleh skor 98 peratus untuk perlindungan dewasa. 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Untuk melepasi ujian tersebut bukan mudah, namun dalam perkembangan terbaharu Euro NCAP bertegas…
Berita Global
ORA GOOD CAT dengan mudah berjaya mencapai penarafan Hijau 5 bintang dengan meraih purata skor…
Berita Global
Menjadi pendatang baharu dalam saingan EV sedan segmen D dan hatchback segmen C, kedua-dua Seal dan…