Mazda CX-30 dinobatkan sebagai 'Kereta Terbaik Tahunan' Di Thailand

oleh SALINA JALIL|
Persatuan Wartawan Automotif Thailand telah menobatkan Mazda CX-30 sebagai "Car of the Year 2020" baru baru ini.

Ini adalah kali ketiga dalam sejarah dan tahun kedua berturut-turut jenama Mazda memenangi anugerah itu setelah Mazda3 dan CX-3 memenangi anugerah tersebut pada tahun 2019 dan 2016.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Tujuh model telah dipilih ke peringkat akhir (finalist) oleh panel juri yang dianggotai dengan lebih 60 wartawan automotif dan mereka telah memilih Mazda CX-30 sebagai pemenang anugerah "Kereta Terbaik Tahunan 2020".

 

Sejak Februari 2020, spesifikasi model CX-30 Thailand telah dihasilkan secara tempatan (CKD) di AutoAlliance (Thailand) Co., Ltd. tetapi di Malaysia, ia diimport sepenuhnya (CBU) dari Jepun. 

 

CX-30 pada dasarnya adalah Mazda 3, tetapi dalam bentuk crossover. Mazda 3 dijual dalam bentuk hatchback dan sedan.

 

Mazda membawa perubahan yang besar pada gaya dan casis dengan Mazda 3, dan semua itu diterjemahkan ke dalam CX-30. Buat pertama kalinya, kualiti NVH Mazda boleh dikatakan termasuk dalam kategori premium. Keselesaan dan dinamisme serupa dengan yang terbaik, dan dengan model 1.8 diesel khususnya, memberikan prestasi yang terbaik di pasarannya.

 

 

Laporan dari Bloomberg

Berita Berkenaan

Berita Global
Ia memiliki sifat yang ringan dan kuat dalam masa yang sama, namun harus diingat gentian karbon…
Telah Diuji
Kalau diikutkan sejak CX-5 generasi kedua ini mula dilancarkan pada tahun 2017, sudah enam kali…
Berita Global
  Kesemuanya dipadan bersama kotak gear automatik lapan kelajuan dan pacuan semua roda (AWD) i-…