Mazda CX-30 dan Mazda3 Dalam Finalis World Car of the Year 2020

oleh Muhammad Md Tajudin|
Anugerah Kereta Dunia (World Car of the Year) 2020 kini memasuki pusingan akhir dengan pengumuman tiga finalis bagi setiap kategori. 

Program yang bermula di Frankfurt pada 10 September 2019 akan berakhir pada Pameran Kenderaan Antarabangsa New York 8 April depan.

Anugerah ini bukan calang-calang, jurinya terdiri daripada 86 jurnalis automotif antarabangsa yang mengundi secara rahsia dalam menentukan finalis setiap kategori.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Kia Telluride

 

Seterusnya Firma KPMG bertanggung jawab dalam membuat tabulasi keputusan pengundian.

Berikut ialah finalis untuk anugerah tahun ini dan perhatikan kedudukan Mazda dan Porsche.

 

Kereta Tahunan Dunia (World Car of the Year)

  • Kia Telluride
  • Mazda CX-30
  • Mazda3

Kereta Bandar Dunia (World Urban Car)

  • Kia Soul EV
  • Mini Electric
  • Volkswagen T-Cross

Kereta Mewah Dunia

  • Mercedes Benz EQC
  • Porsche 911
  • Porsche Taycan

Kereta Berprestasi Dunia 

  • Porsche 718 Spyder/Cayman GT4
  • Porsche 911
  • Porsche Taycan

Reka Bentuk Kereta Dunia (World Car Design of the Year) 2020

  • Mazda3
  • Peugeot 208
  • Porsche Taycan

 

Porsche Taycan

 

The Road to the World Car Awards adalah satu perjalanan menyusuli 86 juri antarabangsa yang memandu uji dan mengundi kenderaan yang layak bagi anugerah tahun ini.

Program itu diisi dengan beberapa aktiviti seperti L.A. Test Drives anjuran ZF di Los Angeles pada November lalu.

Kemudian, sepuluh terbaik dan lima finalis di dalam kategori Anugerah Kereta Dunia diumumkan semasa sidang akhbar di Pameran Kenderaan Delhi pada 5 Februari.

Akhir sekali, model kereta yang menang akan diumumkan di New York pada 8 April 2020.

Penulis: Muhammad Md Tajudin.

 

Mazda3

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Apa yang lebih menarik ialah, Hyundai menang dua kali berturut-turut selepas IONIQ 5 menjulang…
Berita Global
  Pertandingan yang memasuki edisi ke-18 ini dianjurkan oleh World Car Awards. IONIQ 5 diiktiraf…
Berita Global
Pemenang anugerah tersebut diumumkan tepat pada sambutan Hari Wanita Sedunia beberapa hari yang…