Mazda CX-30 - crossover pertengahan antara CX-3 dan CX-5

oleh Mohamad Hanif|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Apabila naluri anda merasakan yang CX-3 sedia ada terlalu kecil, dan untuk membeli sebuah CX-5 dirasakan terlalu besar, anda mungkin boleh melihat model pertengahan antara kedua-dua model ini, iaitu CX-30.

Ya, pada awalnya ia diberitakan untuk menggantikan model CX-3, namun pada hakikatnya, Mazda CX-30 diposisikan di antara CX-3 dan CX-5 menggunakan platform Skyactiv-Vehicle Architecture - sama seperti Mazda3. 

Kenapa CX-30 dan bukan CX-4?

 


Ini kerana Mazda sudah pun mempunyai nama CX-4 yang dikhususkan untuk pasaran China, dan mereka tidak mahu timbul sebarang kekeliruan di antara kedua-dua model tersebut. 

Diperkenalkan di Geneva Motor Show, Mazda CX-30 akan mula dijual di Eropah pada tahun ini dan diikuti oleh pasaran global. 

Seperti model-model Mazda yang lain, ia juga berdasarkan bahasa rekaan Kodo yang memberikan imej luaran yang lebih dinamik. 
 


Di bahagian dalam, Mazda CX-30 menjanjikan ruang dalaman yang serba luas dan mesra pengguna, mampu untuk memuatkan empat orang dengan selesa. 

Jika dibuat perbandingan jarak antara roda, CX-30 mempunyai jarak 2,655 mm, lebih panjang berbanding CX-3 (2,570 mm) dan sedikit pendek berbanding CX-5 (2,698 mm). 

Ruang kargo juga mampu memuatkan barangan sebesar 430 liter, lebih besar berbanding Mazda3 yang hanya sebesar 295 liter. 
 


Memberikan kuasa kepada crossover ini ialah barisan enjin generasi terkini Skyactiv, termasuklah Skyactiv-X dan enjin diesel Skyactiv-D yang memacu roda hadapan dan pilihan pacuan semua roda. 

Kesemua unit enjin tadi digandingkan dengan transmisi manual enam nisbah kelajuan ataupun transmisi automatik enam nisbah kelajuan dan didatangkan dengan sistem mild-hybrid M Hybrid Mazda - terdiri daripada motor elektrik dan bateri lithium-ion 24V - bagi meningkatkan kadar kecekapan penggunaan bahan api. 
 

Berita Berkenaan

Berita Global
Ia memiliki sifat yang ringan dan kuat dalam masa yang sama, namun harus diingat gentian karbon…
Telah Diuji
Kalau diikutkan sejak CX-5 generasi kedua ini mula dilancarkan pada tahun 2017, sudah enam kali…
Berita Global
  Kesemuanya dipadan bersama kotak gear automatik lapan kelajuan dan pacuan semua roda (AWD) i-…