Mazda CX-30 2023 rasmi - unit CKD Kulim, empat varian, Skyactiv-G 2.0L, dari RM128k

oleh Mohamad Hanif|
Selepas memperkenalkan model CX-5 dan CX-8 versi CKD sebelum ini, Mazda CX-30 merupakan model ketiga yang dipasang di kilang pemasangan kenderaan Inokom Kulim, Kedah.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Unit Mazda CX-30 2023 CKD itu kini ditawarkan secara rasmi oleh Bermaz Motor Sdn Bhd, dengan empat varian utama serta pilihan enjin tunggal 2.0 liter sahaja.

Ini kerana untuk versi pemasangan tempatan, pihak Bermaz Motor tidak lagi akan menawarkan model-model seperti varian AWD, varian diesel serta model Ignite Edition.
 

Mazda


Mazda CX-30 2023 dikuasakan oleh enjin 2.0 liter Skyactiv-G dengan kuasa 162 hp @ 6,000 rpm dan daya kilas 213 Nm, dipadankan dengan transmisi automatik Skyactiv-Drive enam nisbah kelajuan.

Dengan kapasiti tangki bahan api sebesar 51 liter, Mazda CX-30 2023 ini mampu memberikan bacaan penggunaan bahan api serendah 6.4 liter/100 km.

Secara standard, Mazda CX-30 dibekalkan dengan topang MacPherson di depan, serta suspensi Torsion Beam di bahagian belakang, dan rim bersaiz 18 inci (varian asas dapat rim 16 inci).
 

Mazda


Selain itu, terdapat lampu LED automatik dengan fungsi larasan disediakan, sementara tiga varian teratas mendapat ciri lampu LED dengan iluminasi spesifik depan dan belakang, serta lampu nyalaan siang DRL jenis LED.

Untuk ruang kabin, Mazda CX-30 2023 mendapat skrin kluster instrumen tujuh inci, skrin infohibur 8.8 inci dengan fungsi Apple CarPlay dan Android Auto, kawalan iklim dua zon automatik (varian asas dapat kawalan manual), corong pendingin hawa baris kedua (kecuali varian asas), serta larasan stereng tilt & teleskopik.

Sistem keselamatan yang dimuatkan termasuklah enam beg udara, ABS, EBD, Bantuan Brek, Kawalan Kestabilan Dinamik, Kawalan Cengkaman, Bantuan Mula Mendaki, serta cagak ISOFIX untuk semua varian.
 

Mazda


Ciri keselamatan termaju tidak terdapat pada varian asas, sementara varian 2.0 High dan High+ pula hanya mendapat tambahan ciri sistem lampu hadapan adaptif (AFS).

Sistem keselamatan termaju Mazda i-Activsense menampilkan ciri seperti Pemantauan Titik Buta (BSM), Amaran Lintasan Trafik Belakang (RCTA), Sistem Amaran Keluar Lorong (LDWS), Sistem Bantuan Pengekalan Lorong (LAS), Amaran Tumpuan Pemandu (DAA), Sokongan Brek Pintar (SBS) dan Mazda Radar Cruise Control didatangkan secara standard untuk varian High+ dan High+ Premium.
 

mazda


Sementara ciri tambahan seperti Lampu LED Adaptif (ALH), Amaran Lintasan Trafik Depan (FCTA), sistem Pemantauan Pemandu (DM) serta Sokongan Jelajah & Trafik (CTS) hanya ditawarkan eksklusif untuk Mazda CX-30 High+ Premium sahaja.

Seperti yang disebutkan, Mazda CX-30 2023 akan dipasang di Inokom Assembly Plant di Kulim, Kedah.

Terdapat warna menarik ditawarkan termasuklah Soul Red Crystal, Machine Gray, Snowflake White Pearl, Deep Crystal Blue, Jet Black, Platinum Quartz dan Polymetal Gray.

Harga jualan adalah seperti berikut:

MAZDA CX-30 2.0L 2WD STD - RM 128,109.00
MAZDA CX-30 2.0L 2WD High - RM 136,109.00
MAZDA CX-30 2.0L 2WD High+ - RM 146,109.00
MAZDA CX-30 2.0L 2WD High+ Premium - RM 156,109.00

Berita Berkenaan

Telah Diuji
Kalau diikutkan sejak CX-5 generasi kedua ini mula dilancarkan pada tahun 2017, sudah enam kali…
Berita Domestik
Perubahan yang dibawakan termasuklah unit lampu LED hadapan yang lebih nipis, grafik LED DRL…
Model Terbaharu
Dari segi luaran, antara perubahan ketara yang dibawakan pada Mazda 2 2023 versi facelift itu ialah…